Friday 28 August 2015

Merdeka!!! Merdeka!! Merdeka!!!


Lagi 2 hari sahaja malaysia akan menyambut kemerdekaan yang ke 58!!! & pasti tahun ni cuti agak panjang...bermula 29/8/15 (Sabtu) Hingga 31/8/15 (Isnin) so, ramai yang mengambil peluang bercuti kemana2, balik kampung or duduk rumah je kan tengok tv haha...

Disebabkan cuti panjang, kemungkinan che amy tak akan berblog, maka che amy nak ucapkan awal2 " SELAMAT HARI KEMERDEKAAN YG KE 58" kepada semua blogger Che amy khas ye & umum untuk semua pembaca blog che amy...berhati2 dijalan raya ok..yang memandu sila ingat orang tersayang....wah!! dah macam iklan nasihat percumaJ

Jom kita tgk KRONOLOGI MENCAPAI KEMERDEKAAN

27 Julai 1955
Pilihan raya Persekutuan pertama diadakan. (UMNO telah mengadakan kerjasama dengan MCA (yang ditubuhkan pada 27 Februari 1949) dan MIC (ditubuhkan pada Ogos 1946) membentuk Parti Perikatan untuk menghadapi pilihan raya tersebut.

1O Ogos 1955
Tunku Abdul Rahman membentuk Kabinet pertama dianggotai oleh 6 wakil Melayu, 3 wakil Cina dan 2 wakil India.

18 Januari – 6 Februari 1956
Tunku Abdul Rahman mengetuai rombongan merundingkan kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu di London.

8 Februari 1956
Perjanjian Merdeka telah dimeterai dengan menetapkan tarikh 31 Ogos 1957 sebagai tarikh kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu.

20 Februari 1956
Tunku Abdul Rahman telah membuat Pengisytiharan Kemerdekaan di Padang Pahlawan, Bandar Hilir, Melaka

21 Mac 1956
Suruhanjaya Perlembagaan Reid, sebuah suruhanjaya bebas telah dibentuk untuk mengkaji dan menggubal Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.

28 – 29 Disember 1956
Tunku Abdul Rahman dicabar supaya menyelesaikan isu pemberontakan komunis. Lalu, Rundingan Baling diadakan pada 28-29 Disember 1956 bersama Chin Peng, Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM).

30 Ogos 1957
Detik 12.00 tengah malam, bendera Union Jack diturunkan di hadapan Bangunan Sultan Abdul Samad dan diganti dengan bendera Persekutuan Tanah Melayu tanda negara mencapai kemerdekaan.

31 Ogos 1957
Pengisytiharan kemerdekaan oleh Tunku Abdul Rahman di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur.

Antara perkara paling penting yang dapat dikutip dan dijadikan teladan serta dihayati di akhir perjuangan kemerdekaan ini adalah wujudnya persefahaman di antara tiga kaum terbesar iaitu Melayu, Cina dan India. Persefahaman ini telah menjadi resepi utama perpaduan dalam kalangan penduduk di Malaysia. Semoga persefahaman ini berkekalan dan perpaduan terus mekar bagi menjamin keamanan dan kesejahteraan Malaysia.

Thursday 27 August 2015

Kanser Retinoblastoma Amni Syakira (part 5) AKHIR

28.11.13 (khamis)

Part 5
sambungan.....
Ya Allah,bila masuk bilik "keramat" dengan keadaan sejuk, dengan peralatan yang serba canggih, Doctor & nurse yang berdiri tegak yang sedang menanti untuk melakukan tugasan, ibu yang tengah dukung amni, tetiba rasa tangan,kaki badan semua longgar, macam skru tercabut semua...kalau la ibu robot,mahu tangan kaki tercabut dah dr badan....

Doctor suruh ibu duduk sementara tu, doctor bius bagi amni penyedut gas kt mulut..high dos...tak sampai 2-3 saat amni tido, ibu dah rasa badan amni ringan sgt2 (masa ni dia tak tau fungsi penyedut gas tu, tak de la meronta2..tp la ni tiap kali nmpk penyedut tu dah tau dah hahah) lepas amni tido,doctor cucuk kt tangan amni untuk msukkan tiub sebagai persediaan kecemasan.
"Doctor : Mak amni boleh letakkan amni atas katil, amni pun dah tido, mak boleh la nk cium pipi amni dulu sebelum keluar"
tetiba ibu rasa susah ye nak bangun dr kerusi tu...ibu bangun gak,rapatkan badan kt katil, ibu cium pipi,dahi amni ibu pesan kat amni " ibu,ada ngn adik,ibu tunggu kt luar eh dik"
bila ibu nak bergerak keluar..ya Allah!
" Ibu : Doctor, saya xleh nk bergerak,kaki saya rasa mcam tak jejak kt lantai, nak angkat tangan pun rasa tak maya...." Ibu tak sedar plk air mata dah keluar...
" Doctor : tak pe mak, kami paham,nurse leh papah mak smpai kt luar ye" so ibu dipapah keluar smpai kt ruang menunggu...
Ibu tak sedar yang ibu tak sekuat mana pun nak hadapi semua ni amni...

Ibu tunggu kt ruang menunggu,papa kena tunggu kt luar bilik OT,so ibu hanya berwhatsapp je ngn papa..hampir sejam berlalu, doctor pun panggil ibu p bilik kecik  kecil, then minta nurse panggilkan papa sekali suruh masuk bilik kecil tu...

bila ibu & papa dah sit down, keadaan mase tu ibu rasa teggang sangat,ibu rasa tak nak ada dalam bilik tu...
"Mak & ayah amni kita dah buat analisis kedua-dua mata amni,mata sebelah kiri alhamduliilah tiada masalah. kita dapati kanser mata kiri amni merbahaya, jenis merebak, & kanser tu dah penuh dalam biji mata,bermakna mata tu memang dah tak boleh berfungsi, setakat ini, kita lihat kanser masih dalam kawasan & belum merebak ke luar kawasan mata, kanser amni di bawah stage 4,dimana skala kanser 1-5, bermkna kanser ditahap yang berbahaya yang membolehkan kanser tersebut merebak keseluruh sistem badan & kita risaukan ia merebak di bahagian otak, yang boleh membawa maut, kita sarankan mata amni dibuang"
ZAPPPPPPP!!!!!PANGGGGG!!!! ibu rasa umpama kena lempang yang paling dasat dengan satu tangan yang BESAR, penamparan yang boleh  memecahkan bumi.
YA ALLAH!!!!! Ujian apa yang ENGKAU berikan kat aku....
YA ALLAH!!!!! dah terlalu jauh sangat ke aku dengan ENGKAU....
YA ALLAH!!!!! terima kasih kerana ENGKAU masih sayang pada aku..

tak ada sebutir perkataan pun keluar dari mulut ibu,ibu totally down. Ibu tahan tuk tgk muka2 doctor tu..ibu tahan untuk mengeluarkan air mata,ibu tahan untuk menjerit...hanya ALLAH sahaja yang tau perasaan ibu masa tu...ibu nampak papa kuatkan hati untuk menayakan macam2 soalan...ibu hanya mampu pengang tangan papa..itu sahaja...bila doctor tanya, " bagaimana mak & ayah setuju ke nak buat pembedahan buang mata amni" ibu tak bersuara tetapi dengan reaksi ibu n papa melalui mata,ibu nampak papa bersetuju & ibu redha dengan keputusan papa. ibu hanya mampu pengang tangan papa untuk mengatakan ibu setuju juga. Ibu & papa minta maaf sangat2 amni, ibu terpaksa setuju dengan doctor sebab ibu tak nak kanser tu merebak lebih teruk sebab bahagian mata terlalu hampir dengan otak & paling utama ibu tak nak kehilangan amni.

Bila papa,sign semua document, doctor beritahu pembedahan ini mengambil masa 3-4 jam.YA allah terasa lambat ye ibu dpat tgk amni. Mula2 ibu tunggu dalam, tp ibu tak boleh nk tahan kesedihan ibu, ibu keluar jumpa papa. Ibu & papa decide p breakfast kt bawah, ibu mkan bihun pun rasa tawar,minum nescafe pun rase tak manis...ibu banyak diam dr berkata2...ibu call tokmak amni bgtau psl pembedahan...menangis2 tersedu2 tokmak amni bila bagitau cucu dia kena buat pembedahan mata...ibu?

lepas makan, ibu & papa naik atas tunggu depan bilik "keramat"...kawasan kt depan bilik tu,dah mcam picnic, siap bertikar menunggu orang tersayang mereka yang ada dalam bilik "keramat" tu..ye la sekali operation bukan 30min paling sekejap pun 1-2 jam..papa baca yassin,tp ibu masa tu tak "dizinkan" untuk baca,so ibu layan fb jap..sedang ibu menunggu kt depan bilik tu, tetiba ada nurse tolak troli katil yang ada keranda jenazah! ALLAH..lagi sekali jantung ibu berhenti..terdengar seorang makcik bertnya " ada jenazah ke dalam keranda tu" " ada,baru meninggal ni nk bawa turun antar ke waris" terus ibu terpandang bilik keramat tu...
YA ALLAH...
aku belum puas lagi bermesra dgn "pinjaman" MU itu,
aku belum puas lagi menjaga "pinjaman" MU itu..
aku belum puas lagi mendidik "pinjaman: MU itu..
aku belum puas lagi melihat telatah "pinjaman" MU itu...

JANGANLAH ENGKAU AMBIL TERLALU AWAL "PINJAMAN" MU ITU YA ALLAH!

Segalanya belum puas lagi dengan amni syakira. Ibu berdoa sangat operation berjalan dengan lancar.

Hampir 4jam ibu menunggu,akhirnya ibu terdengar nurse panggil " IBU AMNI SYAKIRA" zupp..terus ibu bangun p masuk...papa kena tunggu luar...cepat2 ibu pkai baju khas untuk masuk bilik OT, pastu ibu follow nurse, nampak je amni,hati ibu ALHAMDULLILAH!!!!! ALLAH sudi berikan lg hak "pinjaman" itu kepada ibu...amni masih lg tido sbb bius masih belum abis,& oksigen msih diperlukan....ibu tak tahan,ibu cium2 amni..tak sedar airmata ibu terkeluar juga....nanti ibu share pic amni selepas keluar dr bilik OT.( hanya di blog ni je ibu share pic amni) kena tunggu smpai amni ye bacaan pernafasan normal bru boleh transfer ke wad biasa...

pkul 3,bru dpt msuk ward biasa....ibu terus call tokmak amni bgtau operation alhamdulillah selesai.amni masih tido lg...papa p beli mknan,ibu teman amni tido...bermula episode amni dengan mata 1 nya...sob..sob..sob...dh maghrib amni bru bangun...ibu terus bg susu, doctor xkasi bg susu lg tapi ibu tawakal je bagi,ibu tahap xmo dgr dah doctor ckp...anak ibu puasa since semalam smpai dh maghrib xmakan apa2...mau ibu sentap!!! amni kena duduk ward smpai 5hari,sbb doctor nk buka balutan mata amni & tgk keadaan mata yang dh buang, once ok.amni boleh discharge.

Selama duk hospital, mak,kak long & family, kngah, yomi ,abg chik & family ,izin,datang melawat,  tak lupa juga member papa kak liza & zahar.Terima kasih atas sokongan korunk...ayah tak dapat datang sebab ayah tak sihat,kebetulan ayah pun baru keluar hospital gak...

amni selepas keluar bilik OT di ward


03.12.13 (Selasa)

Alhamduliilah..tiba masa amni boleh discharged,balutan mata dah boleh buka...masa buka tu ibu xtgk pun tak sanggup...tp bila doctor minta ibu tgk sbb doctor nk ajar cara bersihkan mata amni bila balik nanti...ibu tak tau mana datang kekuatan tu, ibu pegi tgk....hati ibu mase tu ALLAH....sebaik ujian yang ENGKAU bagi setimpal dengan kekuatan keimanan ku ini....ibu peluk amni sekuat2nya biar dia tahu, ibu ada bila2 masa wlaupun amni tak paham apa2 lg...masa tu air mata ibu xde keluar pun..mungkin ibu dah redha?

Petang kami pun pulang ke rumah, tokmak menangis tgk amni..(mata amni masa tu xboh lagi mata palsu so ermmm ) ibu xde menangis dah...mungkin ibu dah redha??

========================================================================

Sekarang bermula la episode amni dengan kehidupan yang baru walapun hanya 1 mata...Alhamdulillah dah 1tahun 9 bulan berlalu, amni sekarang active mcm budak2 yang lain yang sebaya dengan amni,malah lebih bijak...InsyaAllah che amy akan update sikit2 kisah amni yerk...

Wajah tenang….
Terukir indah senyuman dibibir…
hati menangis tak bersuara…

Biarlah yang menangis itu hati…
Dan biarlah yang tahu itu TUHAN…
walau diluahkanpada manusia,
mendengar tetapi belum tentu memahami…
Biarlah mengadu pada-Nya
Jiwa tenang hati tenteram


Cosmas Jep

Amni & ibu...yang terkini...


Sharing is caring.....











12 Tips Kecantikkan untuk usia 30an.

Hasil google hari ini, che amy nak share tips kecantikan yang boleh diguna pkai oleh wanita-wanita di sana terutama wanita yang bakal @ sudah berusia 30an..sebab che amy pun dah 3 series...che amy suka tips no 11 & 12....hohooh

jom baca :-
1. Bersihkan makeup dengan sempurna
Agar pori-pori Anda terbuka dan kulit bisa beristirahat dari bahan kimia dalam kosmetik, sebelum tidur selalu sempatkan untuk membersihkan seluruh makeup di wajah. GUnakan kapas dan cleanser agar semua sisa makeup terangkat sempurna. Setelah itu bilas wajah atau gunakan toner. Kalaupun seharian ini Anda tidak mengenakan makeup, pastikan untuk tetap membersihkan wajah, karena aktivitas yang Anda lakukan sejak pagi menyebabkan kuman dan kotoran menempel di permukaan kulit. Jika tidak dibersihkan, salah-salah timbul jerawat.

2. Pakai pelembap
Saat tidur pun kulit tetap perlu pelembap. Ketika Anda tidur, pori-pori kulit terbuka sehingga lebih mudah menyerap nutrisi daripada saat pagi dan siang hari. Anda bisa menggunakan krim malam yang cocok untuk jenis kulit Anda. Pilih yang formulanya ringan dan tidak menyebabkan komedo (non-comedogenic). Lakukan pemijatan lembut saat aplikasi agar sirkulasi darah lancar.

3.Sediakan waktu untuk peresapan
Salah besar jika Anda langsung tidur setelah mengoleskan krim malam. Begitu Anda merebahkan kepala di atas bantal, krim akan langsung menempel di sarung bantal. Luangkan waktu setidaknya 20 menit agar nutrisi dalam krim sempat diserap kulit wajah.

4.Minum air putih
Tidak hanya dari luar, kelembapan kulit juga perlu dijaga dari dalam. Untuk itu minumlah segelas air putih sebelum tidur. Air putih dapat membantu menetralkan garam dan bahan-bahan tak sehat dalam makanan yang Anda konsumsi, sehingga kulit terjaga dari kekusaman. Tak ada salahnya kalau Anda juga menambahkan konsumsi vitamin E.

5.Ganti sarung bantal
Anda harus rajin mengganti sarung bantal, setidaknya seminggu sekali. Kenapa? Karena bantal yang Anda tiduri setiap hari adalah tempat ideal untuk berkembangbiaknya kuman. Sisa makeup di wajah seta minyak dan kotoran di rambut selama berhari-hari menempel di sana. Jika wajah Anda yang sudah bersih menempel di sana, kuman dan bakteri tersebut akan berpindah ke kulit wajah.

6.Tidur berkualitas
Tidur cukup dan nyenyak adalah rahasia utama agar kulit tetap dalam kondisi prima. Pastikan jam tidur Anda cukup. Biasakan tidur tanpa membiarkan lampu menyala, karena hal itu bisa merangsang kerja hormon yang meregenerasi sel tubuh Anda.

7.Tidur menggunakan bantal bersarung sutera.
Kebanyakan kita menghabiskan tujuh hingga lapan jam setiap malam untuk tidur dalam kedudukan yang tidak disedari boleh menyebabkan kulit berkedut.Boleh dikatakan semua orang tidur di atas bantal bersarung kain kapas, menggesel bahagian kulit muka yang lembut dan leher ketika tidur.Perkara ini menyebabkan kemunculan garisan kekal pada kulit muka.Justeru, bertukar segera kepada sarung bantal jenis sutera.Ia membantu mengurangkan geseran pada kulit bagi mengelakkan wujudnya garisan pada kulit setiap kali bangun tidur. Malah, fabrik berkenaan juga tidak menyerap lembapan dari kulit.

8.Lakukan lulur dua kali seminggu.
Mungkin ramai daripada kita sering mengabaikan langkah ini dalam penjagaan kulit wajah kerana menganggap ia remeh untuk dilakukan.Lazimnya, sel kulit mati melekat pada permukaan kulit, menyebabkan ia kelihatan pudar dan meninggalkan rasa kasar.Lulur muka dan leher dengan bahan penyental yang lembut dua kali seminggu selepas membersihkan muka. Cara ini dapat menanggalkan sel kulit mati dan membantu merangsang penghasilan kulit yang baru.Sebaiknya, pilih bahan penyental muka yang mengandungi manik halus dan elakkan daripada menyental wajah terlalu kuat. Pergerakan secara membulat dengan lembut sudah memadai

9.lakkan mandi terlalu lama dengan air suam.
Memang seronok jika dapat mandi di bawah pancuran air suam dalam tempoh masa lama.Namun, tahukah anda bahawa air suam boleh menghilangkan minyak semula jadi yang terdapat pada kulit menyebabkan proses nyahhidrat atau dehidrasi (kehilangan lembapan).Apabila kulit mengalami proses nyahhidrat, kedutan mudah terbentuk. Cuba mandi dengan air sejuk kerana ia bukan saja satu cara untuk menyegarkan tubuh selepas seharian bekerja, malah ia juga menjadikan kulit lebih sihat.

10. Sapukan krim tabir suria sepanjang hari.
Pendedahan berlebihan kepada sinar UV boleh menyebabkan kulit tampak kasar.Justeru, penting untuk menyapu semula pelindung UV pada kulit kerana krim disapu pada muka sebelum bergerak ke tempat kerja tidak lagi berkesan selepas keluar makan tengah hari.Sinaran matahari hanya mengambil masa 15 minit untuk menyebabkan kerosakan kekal pada kulit dan disebabkan itu, kita harus sentiasa bersedia.Gunakan tisu basah penanggal mekap untuk membersihkan muka dan sapu semula krim tabir suria pada muka serta leher. Jika boleh, elakkan terkena sinaran matahari pada waktu paling terik iaitu bermula dari jam 11 pagi hingga 4 petang.

11. Perawatan dari Dalam
Untuk mendapatkan kulit yang sehat dan cantik bukan hanya mengandalkan perawatan dari luar saja namun perlu diperhatikan juga perawatan dari dalam. Kulit juga memerlukan nutrisi, makanan yang banyak mengandung vitamin A, C, dan E sangat baik bagi kulit, selain itu istirahat cukup dan olah raga juga akan membantu pertumbuhan kulit dan berpengaruh pada kondisi kulit. Tidak ketinggalan minum air putih, karena air adalah faktor yang sangat penting untuk menjaga kelembaban kulit, dan mencegah penuaan .( tips ni senang sangat & seblum usia 30an dh telan dh pil ni... che amy telan PIL TERLAJAK LARIS

12.Bantu kulit untuk memproduksi kolagen
Kolagen berperan penting dalam membuat kulit tetap kenyal. Di usia 25 tahun ke atas, produksi kolagen dalam tubuh berkurang drastis. Jangan beli produk-produk yang mengandung kolagen, karena molekulnya terlalu besar untuk diserap kulit. Pilih produk-produk kecantikan yang mengandung L-ascorbic acid (bentuk murni vitamin C) yang bisa memicu produksi kolagen.

cantik luar bermula dari dalam...



Sharing is caring.....


Wednesday 26 August 2015

Kanser Retinoblastoma Amni Syakira (part 4)

Part 4

27.11.13 (Rabu)

Dukacita ye, hari ini amni kena masuk ward seperti di jadualkan oleh Doctor untuk membuat analisis mengenai kanser RB amni samada kanser tu berbahaya@ tidak?, kanser satge berapa? perlu buang @ tidak?

So, petang ibu, papa n amni dah register untuk masuk wad kt HKL bahagian wad Oftalmologi tingkat 4, sepatutnya kena register tengahri, sbb doctor bius nak datang tgk, tp sbb kan ibu dalam awangan lg..so petang dalam kul5 lbih baru p daftar huhuhu...

so lepas daftar, dapat katil, ibu papa n amni p makan area Kg baru tuk mkan malam...masa makan macm2 soalan anta antara ibu n papa...soalan yang papa tak leh jawap dekat ibu "kalau doctor kata kena buang mata tu, papa setuju tak? jawapan papa hanyaa tunggu esok... :'( lepas makan, bermalam la ibu n amni di hospital...pertama kali ye ibu bermalam di HKL..sebelum  ni hanya pernah bermalam di hospital lain msa bss7uersalin je ok...

di sini la wad mata amni kt hkl..

28.11.13(Khamis)

Hari yang sangat mendebarkan ibu & papa....!!! Ya Allah, hanya tuhan saja yang tau hati ibu, dari semalam tak boleh tido..kepala berpusing pikir macam2...hari ini, amni orang yang PERTAMA dalam list tuk msuk bilik operation...pagi2 lepas subuh nurse dh kejut tuk siap2..cz kul 7lebih dah nak kena p bilik operation. ibu siap2kan amni, amni kena puasa dari semalam..cian amni, bila bangun minta susu, tp ibu tak bleh nak bagi, sbb nurse cakap xboleh bg susu 2jam sebelum operation takut saluran penafasan stuck dengan susu...so ibu takut nak bg..menagis2 amni, budak kecik apa yang diorang paham kan..hati ibu mse tu sayu je..sorry ye amni, ibu tak boleh nak bg..sob..sob..sob...

tepat jam 7.25pg, nurse panggil tuk p bilik operation...nasib dekat je..bawah 1 level dr wad mata..so papa dukung amni..mase tu amni dalam mood tido lg...smpai bilik operation, hanya di benarkan masuk seorang penjaga je...so ibu la masuk..(kaki dh gelong2 skit, xberani sbnarnya)...

sebelum msuk bilik OT doctor buat pengesahan semua...baru doctor suruh bawa amni masuk bilik OT. habis pengesahan semua, nurse ajak bawa amni msuk ke bilik "keramat" ( mana tak keramat, sape yg rela nk msuk bilik tu kan)..bila ibu masuk je bilik tu..YA ALLAH!!!!jantung ibu trus jatuh!

nanti sambung lg yerk...tahap ni..dah xboleh nk cerita..bila terbayang segala2nya....Allah saja yang tau perasaan yang bercampur-campur.ok time lunch hour.



Sharing is caring.....


Fakta tentang Senggugut

Pagi ni bila che amy berwasap2 dalam group whatsapp, tetiba keluar cerita pasai senggugut ( sbb sorang ni Mc ari ini,senggugut),maka saja nk share pasal senggugut ni...kalau ada wanita@gegirl yang waktu period tak ada senggugut,hebat la...(Thumb up)

Mostly kebanyakkan wanita@ gegirl sure la pernah merasai kehebatan senggugut ni...tak terkecuali che amy...!hahaha...tp itu dulu sebelum kahwin & selepas dah anak sorang...opsss!!!SELEPAS dpt anak no2 smpai la ni ok...no more sengugut..serius!! kalau time period moody skit2 je la tu pun up n down je...hhehe hat tu xbleh nak lari cuma kasi hadapinya dengan mengurangkan emosi je....sebab seminggu sebelum period che amy telan Pil warna kuning & semasa  pil warna putih

ok jom baca entry ni..de info pasal senggugut...

Definisi Apakah itu Senggugut?
Senggugut adalah kesakitan yang dialami di bahagian bawah perut atau pelvis semasa datang haid.
Pelvis adalah tempat di mana organ berikut berada iaitu rahim, ovari (kilang telur), dan saluran falopio, dan pundi kencing.
Dalam bahasa Inggeris, senggugut dipanggil "dysmenorrhoea". Terdapat dua jenis senggugut.

Senggugut Primer
Senggugut ini yang berlaku kepada kebanyakan perempuan remaja tetapi tidak mempunyai patologi di pelvis dan rahim, setelah pemeriksaan oleh doktor. Ia biasanya berlaku selepas 6 hingga 12 bulan dari akil baligh apabila kitaran ovulasi bermula. Tetapi ia juga boleh berlaku dikalangan wanita yang masih subur.

Senggugut Sekunder
Senggugut ini disebabkan oleh patologi di pelvis dan rahim yang biasanya berlaku di kalangan wanita yang lebih berumur dan masih subur. Sebab-sebab:
  • Penyakit endometriosis. Penyakit ini dihidapi oleh 5-15% wanita yang mempunyai haid.
  • Cyst Ovari dan tumor
  • Fibroid (kebengkakan pada rahim). Kesakitan ini berlaku semasa kedatangan haid yang banyak.
  • Jangkitan ke rahim atau saluran dari rahim ke kilang telur (penyakit radang pelvis)
  • Kongenital (contoh: Rahim bicornuate, rahim subsepta)
  • Alat pencegah kehamilan dalam rahim (IUCD). Senggugut boleh jadi lebih teruk semasa penggunaan ini pada sekumpulan kecil wanita.
Tanda-Tanda
Berjumpalah dengan doktor sekiranya anda mengalami tanda-tanda di bawah :-
  1. Sakit di bahagian bawah perut. Kesakitan ini biasanya sederhana dan mengejang, yang boleh merebak ke belakang dan bahagian peha.
  2. Senggugut primer. Ia biasanya paling sakit pada dua hari pertama datang haid yang diikuti dengan sakit yang berkurangan beberapa hari selepas itu, dan berhenti apabila haid berhenti. Biasanya berlaku selama 12 ke 24 jam, ada yang selama 2 ke 3 hari. Kesakitan ini berkurangan apabila umur meningkat dan selepas bersalin.
  3. Senggugut sekunder. Senggugut ini mempunyai tanda seperti senggugut primer tetapi sakitnya berpanjangan, bermula beberapa hari sebelum haid and bertambah teruk. Senggugut ini menjadi semakin teruk selepas beberapa tahun haid biasa. Berikut adalah tanda yang menyatakan kemungkinan anda mengalami Senggugut Sekunder.
  • Haid yang tidak tetap
  • kesakitan antara haid
  • Pendarahan yang bertamban banyak
  • Lelihan dari faraj
  • Kesakitan ketika melakukan seks
  • Sakit kepala, pening, letih, sakit belakang
  • Loya dan muntah, cirit-birit.
Komplikasi ( Kesan)

Physical - Infertiliti (Tidak dapat mengandung)

Mental - stres, tidur terganggu

Rawatan
  • Ubat pengurang radang. (Contoh: Mefanemic acid, Naproxen)
Sebanyak 80% perempuan yang mengalami senggugut boleh dikurangkan atau dihentikan dengan mengunakan ubat ini. Ia hendaklah dimakan sebaik sahaja sakit bermula atau pada permulaan haid.
  • Ubat tahan sakit. (Contoh: Paracetamol)
Digunakan sekiranya ubat pengurang radang tidak sesuai untuk dimakan disebabkan oleh kesan sampingan atau kontraindikasi penggunaan ubat. Ubat ini boleh digunakan bersama dengan ubat pengurang radang sekiranya sejenis ubat tidak mencukupi untuk mengurangkan kesakitan.
  • Pil perancang
Mengurangkan dan memendekkan tempoh haid dengan menghindari ovulasi.
Mengurangkan atau menghilangkan sakit senggugut dengan mengurangkan penghasilan prostaglandin di selaput rahim.
Kegunaan lainnya sebagai ubat pencegah kehamilan.
  • Penggunaan Haba
Senggugut sering kali dialami untuk seketika sahaja. Kesakitan sementara ini dapat diredakan menggunakan haba dari botol yang berisikan air suam, atau pek panas yang boleh diletakkan pada bahagian bawah perut, atau dengan mandi air suam.
  • Mesin TENS ("Transcutaneous Electrical Nerve Stimulation")
Boleh digunakan sekiranya tidak ingin menggunakan ubat. Mesin in menghasilkan pengaliran kuasa elektrik kecil yang menghindari tanda sakit dari saraf sakit dari disampaikan ke otak. Dengan ini sakit mungkin berkurangan.

credit & info lanjut boleh baca kat sini http://www.myhealth.gov.my/index.php/dewasa/kesihatan-reproduktif/senggugut.



kat sini, che amy share skit doa yang boleh membantu mengurangkan senggugut ketika peroid...InsyaAllah...



Sharing is caring.....

Tuesday 25 August 2015

Vitamin-C Plus Sustained Release 500mg

Apa kelebihan Vitamin C Shaklee??

SUSTAINED RELEASE- ini la keistimewaan vitamin C shaklee..sustained release tu maksudnya BERTINDAK atau melepaskan vitamin C di dalam badan secara PERLAHAN-LAHAN untuk membolehkan vitamin C sentiasa ada dalam badan kita.

|Vitamin C dilepaskan perlahan-lahan sebanyak 100mg setiap jam dalam badan untuk 1 tablet.
cth : 1jam akan di lepas 100mg, pastu tetiba plk kita terhidu asap rokok...asap rokok boleh mengurangkan vitamin C dalam badan, so tak perlu risau ada lg vitamin C yang belum dilepaskan untuk badan kita serap vitamin c .. tp ingat ambil vitamin C shaklee je yang ada pelepasan secara perlahan, brand la cheq amy tak tau plk ok...
|Vitamin C didatangkan bersama-sama dengan bioflavonoid..bahan yang sangat penting dalam membantu penyerapan vitamin C dengan baik...
|No pembaziran vitamin C ini kerana digunakan sepenuhnya oleh badan secara perlahan mengikut keperluan.
VITAMIN-C Plus
Apa lagi kelebihan Vitamin C Shaklee?
Sebelum nak story lebih lagi kelebihan Vitamin C shaklee ni, cheq amy nak habaq, pernah suatu ketika dulu, Vitamin C shaklee di "branding" kan oleh pihak yang tak bertanggjawab..diorang beli vitamin C shaklee, then pack semula letak brand sendiri. Macam2 brand diorang boh, hangat masa tu kt FB, tp diorang silap,ingat pihak shaklee tak ambil tindakan...sorry! barang baik ok, harus la dijaga semua....popular ok..sampai pengguna tegar vitamin C shaklee boleh cam itu adalah vitamin C dari shaklee...gara2 semua tu vitamin C shaklee OUT OF STOCK semua branch termasuk la HQ, dan hampir setahun juga menunggu vitamin kegemaran cheq amy ni nk kembali begegar...

SEBAB apa smpai gitu sekali..ha sebab utamanya ialah Vitamin C adalah vitamin yang boleh membuatkan  kulit cantik cantik & licin,glowing2 gitu..(banyak sangat dah testimoni kulit bebas jerawat,minyak,kulit licin dll)

kelebihan lain :-
  •  Imunisasi / Daya Tahan Badan
  •  Demam Biasa
  • Anti-oksida
  • Tekanan Darah Tinggi
  • Saluran Darah
  • keracunan plumbum
  • Untuk Kurus
  • Tekanan
  • Katarak
  • Tenaga.
  • Sakit Jantung
  • Diabetes
  • Asma
  • Perlindungan dari matahari
  • Penghasilan Kolagen
  • Penyembuhan Luka
  • Melindungi dari perubahan warna kulit
  • Memperbaiki tekstur kulit.
  • Meningkatkan Pertumbuhan Rambut
  • Melawan Kelemumur
  •  Mengurangkan Keguguran Rambut.
  • Rambut yang lebat
  • Mengelak dari Uban
semua kelebihan diatas adalah MENGURANGKAN,MENGCEGAH,MEGELAKKAN,MEMBANTU bukan MENGHILANGKAN.

credit to vitaminkulit.com
Jika tnya Cheq amy vitamin asas apa yang cheq amy ambil untuk kulit adalah..vitamin C PLUS SUSTAINED RELEASE SHAKLEE la, sebab vitamin C banyak kelebihannya kalau makan...kan..kan..kan...nak2 lagi cheq amy dah 3 series ok,so kena betul2 jaga kulit, masa ini la segala anti dot anti rat anti dur semua keluar..kulit kan organ yang utama perlu dijaga hehehe..






8 makanan terbaik yang mengandungi vitamin C untuk kulit :-
  • orange
  • tomato
  • betik
  • kiwi
  • jambu batu
  • strawberi
  • epal 
  • delima
LARAT ke nak makan semua tu??mahal pun ada gak buah2an ni...cheq amy awal2 surrender.angkat tangan! nak makan buah memang payah sangat...nak2 lagi buah berkulit penyakit M nk kupas kulitnya haha... ohh tidak!! tp nak kulit CANTIK, LICIN & GLOWING2...jadi cheq amy ambil jalan yang CEPAT, MUDAH & SELAMAT SEMULAJADI bukan suntik2 ok.... vitamin C PLUS SUSTAINED RELEASE SHAKLEE la....


Jom main matematik sikit.(anggaran sahaja, bukan mengikut harga pasaran..harga pasaran lg tinggi kot)

1biji oren = 0.80
7biji oren =0.50 x 7biji =5.60 (sehari makan sebiji so 7biji seminggu)
5.60 x 4 minggu = RM22.40
RM 22.40 x 6 bulan = RM134.40
murah, la abis tuk beli oren  6 bulan RM134.40,kalau suntik lg mahal kan TAPI 
Ltetiba plk balik kg@ outstation, dah tak makan..bazir...bazir...
Lsehari lupa mkn, bonyok dah buah oren tu...kurang dah la vitamin C ye..lga membazir...
Ldah abis,lupa nk p beli...malas nk p Marche

KALAU VITAMIN C SHAKLEE
1 botol =RM 98.05
1 tab = ± 0.54
1 botol = tahan 6 bulan.
Jetiba tetiba plk balik kg@outstation, boleh je telan,dalam botol kan senang je bawa kemana...
Jsehari lupa mkn,vitamin still maintain lg dengan nutrisi ok dijamin oleh shaklee..
Jdah abis,lupa nk p beli...ala hai calling cheq amy je bedezup smpai depan pintu..klass....

JIMAT KE JIMAT?nak harga lg jimat boleh je...kasi order tengok jimat ke tak jimat....


⌨ Pertanyaan lanjut & Order Shaklee
'Call/SMS/WhatsApp: 012-653.9060(Amylia)
PM FB https://www.facebook.com/pages/Double-Healthy-e-shoppe
   COD Area:SELURUH KAWASAN AMPANG, KUALA LUMPUR (KLCC, AMPANG PARK,SEKITAR BUKIT BINTANG) CHERAS, KELANA JAYA , & SUBANG







7 Cara bagaimana Duit sentiasa cukup.

Bila dah terima gaji, bagaimana cara nak rasa duit gaji tu sentiasa cukup je walaupun sedikit?
........
Pesan Ustaz Mohd Nassru Abdul Latif:

1.Bila hari terima gaji, jangan dilupa ibu dan ayah. Perkara pertama buat, transfer utk mereka dahulu. Banyak atau sedikit, itu tidak penting. Walau mereka berdua mungkin sudah berpendapatan, tetapi berikan kepada mereka sebagai hadiah. Percayalah, duit gaji kita akan cukup!
........
2.Jangan dilupa "Tabung Haji", memotong melalui potongan gaji lebih baik. Anda tahu, bila kita sudah mendaftar haji, ia bermakna "Nawaitu" itu telah ada!
........
3.Sebagai seorang ayah, ingat kembali urusan anak. Aqiqahkan mereka dahulu, sebelum anda membeli TV LED baru, sebelum menukar sport rim baru!
........
4.Sebagai seorang isteri yang bekerja, bantulah suami! Tidak salah jika isteri berkata "Duit I, Duit I, Duit suami, Duit I! Tapi, redha itu lebih penting. Suami pula jangan ambik kesempatan atas kebaikan isteri!
........
5.Sebagai isteri yang tidak bekerja, redha dengan apa yang ada. Jangan merungut! Tiada suami yang mahukan kekurangan dalam keluarga.
........
6.Lihat ahli keluarga yang terdekat, siapa yang perlu dibantu dahulu sblm bsdkah atau nk bntu Orang susah, anak yatim? Rezeki kita akan sentiasa cukup jika mendahulukan orang yang dekat! Kerana sabit dlm hadis Rasul SAW
.......
7.Jangan kedekut tetapi jangan pula terlalu boros! Memberi makan merupakan sedekah yang sangat mudah. Sekali sekala, apa salahnya belanja kawan2 & saudara-mara...

Ingatlah... Rezqi utk kita dlm pelbg bentuk : selain RM, tenang ati dn jiwa biar pelbagai ujian, kesihatan yg baik, anak2 cerdik pandai, erat kasih syg sesama ummah.

Rasulullah SAW bersabda :
"Barang siapa yang menyampaikan 1 (satu) ilmu saja dan ada orang yang mengamalkannya, maka walaupun yang menyampaikan sudah
tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala." (HR. Al- Bukhari)

ã…¤ ã…¤ ❤ã…¤ ❤ ❤
ã…¤♥ Subhanallah ♥
♥ Alhamdulillah ♥
♥ Lailahaillallah ♥
ã…¤♥ Allahuakbar ♥
ã…¤ ã…¤ ❤ ã…¤ ❤ ❤
Duit RM dah POA.

5 sebab Mengapa TAPAI menjadi Masam.

uwahhh...

Pagi ni nak citer sedih skit..bila mengenangkan ye...tapai ku masamm...1st time buat biasa la tu kan...chef yang terer masak pun berpuluh1 kali try n eror dengan masakan diorg betul x?hehee ( nak sedapkan hati gitu la)...

Orang tua2 kata nak buat tapai banyak pantang ye.....ermmm klo zaman skrang memang banyak x dik msuk akal..tp apa2 pun de betul ke idok ambil pengajaran & iktibar je hehe....jangan percaya smpai 100% boleh kategori syirik...ishhh..nauzubillah....

Ok...semalam sempat la "mengooglekan" diri pasal punca @ sebab mengapa tapai boleh jadi masam...macam2 rupa ye si pantang tapai ni....betul or tidak itu semua hanya KEBETULAN...nak percaya @ tidak...masing2 dah besar kan hehehe...upsss..lupa nak habaq, buat tapai hari khamis lepas so dpt makan hari sabtu, tapai cheq amy still boleh makan lg cuma de part2 yang skit masam je...xpe telan je...hahaha

List hasil mengoogle Megapa tapai menjadi masam..
  1. lepas pulut masak, kena cepat2 keluarkan dr bekas, JANGAN bg air dari tutup periuk jatuh ke pulut..- ermmm cheq amy mmg biaq kan lepas masak, xkluarkan lg sbb rushing p amik anak...
  2. bekas untuk simpan tapai JANGAN guna yang ada besi@ aliminum@ kaca - ermmm cheq amy guna bekas kaca,suka pakai bekas tu sbb kaca lut sinar boleh nmpk isi dalam hehe
  3. JANGAN guna @ buat  dikawasan ada benda warna merah - uikk cheq amy ingat kalau buat time period je nnti tapai merah..gupanya idok..mmg penutup bekas kaca cheq amy warna merah pun hahah tp tapi tak merah, masam je hehe
  4. JANGAN buat dalam keadaan gesa @ bising@ mood marah- yang ini dah elakkan tp..kalau dah ada anak errmm...cheq amy, si kakak amni, syok2 tgh nk meragi, mai dtg tgk, pastu che amy marah dia (marah manja suruh p tido balik) sempat lg dok bersin kat tepi...adoiiyai...
  5. JANGAN dok habaq2 kat orang yang kita nak @ tgh buat tapai - ermm cheq amy ngn en somi kan mana de rahsia antara kami...ecehhh hahaha...cheq amy nak p mandi pun cheq amy habaq ini kan pula nak buat tapai feveret dia..mau tak habaq sebulan sebelum hahahah.
  6. ragi....ragi tak elok pun boleh jadikan tapai masam - yang ini cheq amy tak dapat nak tau camna ragi tu elok or tidak huhuhu..ragi cheq aamy bersih lg putih gitu....
So, itu sahaja list yang dapat che amy google...kalau digoogle lebih jam, mau 100 list kot pantang tapai ni hahaha...apa2 pun cheq amy tak akan putus asa...akan ku cuba..cuba..cuba dan terus mencuba hingga ketitisan kegembiraan..huhuhu...

tapai yang diragi kan...nampak tak ragi tu...

kalau tapai cheq amy nanti sedap manis disukai ramai, cheq amy share kat anda semua ek...doa2 la pasni cheq amy buat menjadi...sentap hati rasanya bila xmenjadi hukhukhuk...

kengkorunk de ke petua2 pasal pantang marang tapai ni...jom la share dengan cheq amy..kot dapat ilmu baru pasal tapai ni...sharing is caring...



Sharing is caring..


Friday 21 August 2015

Ruam baby hilang dalam masa 3 HARI!

RUAM hilang dalam masa 3HARI...

Betul ker??

Iklan je...ni??

ehhh...

betulllll tak bohong..kisah benar dari pengguna tegar herbal blend shaklee - che amy J

Kisah benar ni dah lama cuma nak share dengan anda baru hat ni je...kisah ni de che amy boh kat testimoni Herbal Blend .... saja nak bagi tau hebat ke tak hebat krim tu..tak pa che amy share lg testimoni tu tp olah skit2 la cerita sama ja....

masa tu anak cheq amy, amni every month kena buat flushing kimo port kt dalam badan,walapun treatment kimo port dah abis lama,disbbkan alat kimo tu masih dalam badan,( la ni kimo port tu pun dah buang) so kena buat flushing sbb takut saluran darah tersumbat....maka hari tu p la flushing kimo port amni... Agk ye msa tu hari raya seminggu selepas raya, so mood raya terlampau...si Dr ni boh ape nama apa tah cecair yg basmi kuman wna pink tu punya la byk limpah2....bsah gak la cadar katil tu...

Ptg tu xpsl2 naik ruam kt kat kimo port dia...aduhh selama ni xpernah jadi n tak pernah pun lg Dr boh cecair tu banyak2....1st time kena...as mom harus la risau nak2 lagi amni ni mmg masa tu kena banyak jaga sbb kimo port tu ada dlm badan..cheq amy dok riso maka teruih boh cream herbal blend...hari ke 2 tgk alhamdulillah..kurang dh ruam tu...hari ke 3 tgk dh xde....happy cheq amy...
boh lg bukti..nmpak tak atas tu merah2 bawah selepas 3Hari!
Terkini, baru2 ni bln aug15 ni gak la anak cheq amy no 3, si kecik tu kena ruam2 kat kasawan sulit dia...nasib ruang tang tepi ja bukan tang "hero" dia...ruam tu jadi bila si kecik tu demam hat hari tu(sakit tekak,batuk, selsema) so kahak dia kuar dr pembuangan najis, memang berak cair ja dia, tu yang naik2 ruam..abis merah lit..lit...nak jadi cerita, apa lagi krim ajaib " 1 rumah 1 krim "  la che amy guna!! tiap kali salin pampers boh....hamikkk!!! 3 Hari hilang terus tak jumpa2 ruam tu..tak tau depa p mana dah hahahaa...jimat xpayah cheq amy nak p klinik kan..hahaha

Masuk Tahun ni dah 2 tahun che amy guna krim ajaib ni pada bila balik kg...raya baru ni pun cheq amy pkai gak..sebab tahun lepas dah tau dah cara berkesan untuk en nyammuk penang...so la ni yang kelakar hat dulu2 xpkai smpai kt badan,kaki mana ja la en.nyamuk tu gigit.. tp la ni pkai krim ajaib sapu2 semua badan..badan xde kena gigit, tp tang muka tak mai pkai..tu dia p gigit..pandai no nyamuk ni!!! cisss..xpa lain kali pkai kat muka sekali..baru depa tau hahaha...

Cheq amy nk habaq 1 ja...Suka sgtttt "CREAM AJAIB" ni...mcm2 dh guna...(eh x overclaim sgt kan haha)


Sharing is caring..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Total Pageviews