Monday, 28 September 2015

Kiraan & Waktu subur Wanita

KENAPA PERLU TAHU WAKTU SUBUR WANITA?

Ada 2 sebab utama :-
  •  Untuk memudahkan mendapat zuriat ( ini untuk mereka yang ingin hamil)
  • Untuk mengelakkan daripada mendapat zuriat. (merancang kehamilan- kira belum ingin hamil)

Kedua-duanya adalah sama penting...untuk wanita di luar sana, SAMADA anda ingin hamil @ tidak Waktu subur adalah perkara yang perlu diambil kisah ok!

Kitaran haid wanita berlaku setiap bulan secara puratanya ialah 28-30 hari.Tapi wanita masing2 ada kitarannya sendiri ada 25 hari ada yang lambat sampai 35 hari. Tetapi secara puratanya ialah 28-30 hari.

KITARAN HAID Hari 1-4
Ini dipanggil fasa pengeluaran haid (menstruation) - ketika ini darah haid keluar. Hari pertama period adalah penting untuk diketahui kerana ia adalah di mana fasa ini bermula. Pada hari pertama haid datang, ia perlu ditanda di kalendar dan tamat selepas berapa hari.
Sebaik-baiknya ditanda setiap bulan sekiranya ingin merancang untuk hamil.

KITARAN HAID Hari 5-13
Ini dipanggil fasa follicular. Pada fasa ini, hormon estrogen meningkat. Ketika fasa follicular ini, sel endometrium akan menebal pada dinding rahim untuk persediaan hamil.
Di kawasan ovari pula, telur yang berada di dalam sarung selaputnya akan menjadi semakin matang.

KITARAN HAID Hari 14
Waktu inilah satu proses ovulasi berlaku di mana benih wanita yang dipanggil ovum terkeluar daripada sarung selaputnya disebabkan oleh peningkatan mendadak sejenis hormon yang dipanggil Luteinizing Hormone (LH) berlaku.
Sekiranya tiada persenyawaan, ovum akan akan mati dan hilang.
Sekiranya ia disenyawakan, ia akan bergerak melalui saluran falopio ke rahim untuk "ditanam " ke lapisan endometrium. Kemudian ia akan berkembang menjadi janin.

KITARAN HAID Hari 15-28
Ini dipanggil fasa luteal atau fasa secretory. Selepas benih wanita dikeluarkan, sejenis hormone dipanggil progestrone dirembeskan daripada sarung selaputnya (corpus luteum). Ini menyebabkan dinding rahim semakin menebal.
Jika tiada persenyawaan, hormon progestrone ini semakin berkurang dalam darah. Akhirnya lapisan endometrium akan runtuh, sebagai darah haid.

Sumber : FB Dr Zubaidi Ahmad

BAGAIMANA UNTUK MENENTUKAN WAKTU SUBUR.
================================================
1. SUHU BADAN
Suhu badan akan naik sedikit pada waktu subur disebabkan oleh peningkatan hormon yang mendadak. Kalau rajin, catatla graf suhu badan setiap hari. Cara ni agak leceh dan mungkin boleh jadi tak tepat kerana sekiranya anda demam atau kurang sihat, suhu badan anda juga meningkat.








2. LENDIRAN FARAJ
Pada waktu-waktu subur, lendiran faraj lebih dari biasa seiiring dengan pengeluaran hormon yang meningkat. Periksa lendiran tersebut kerana biasanya ianya melekit tetapi jika hari subur ia lebih likat lagi.






3. GUNA EVOLUTION TEST STRIP
Menggunakan evolution test strip mungkin lebih senang dan tepat untuk mengesan hormon Luteinizing Hormon (LH) di dalam urin. Ia membantu meramal masa ovulasi dan puncak kesuburan. Keputusannya cepat dalam masa lima minit keputusannya keluar dan ketepatannya menghampiri 99%. Bentuk dan rupa test strip ini lebih kurang sama dengan test strip yang lain.

Bagaimana strip ini berfungsi? Luteinizing Hormone (LH) dalam kuantiti yang tinggi menyebabkan proses ovulasi (pelepasan telur atau ovum dari folikel ovari). Semasa kitaran haid hanya sejumlah
kecil LH terhasil, tetapi di pertengahan kitaran LH akan meningkat dgn dramatik. Peningkatan ini dipanggil "LH surge" dan mendahului ovulasi.

Conception berkemungkinan besar akan berlaku dalam tempoh 36 jam selepas "LH surge". Ujian Ovulasi LH direka khusus untuk mengesan "LH surge" anda pada masa apabila anda mungkin ovulasi. Jika anda menerima positif pada ujian LH, anda berada dalam fasa yang paling subur anda kitaran haid anda.

4. RASA SEKSI & SUKA MEMIKAT

Rasa seksi, suka memikat dan lebih sosial adalah tanda-tanda yang anda berada di masa paling subur. 
Anda mungkin sedar perasaan berahi memuncak ketika ini. Anda mungkin perasan yang pada masa ini suami anda menjadi lebih cemburu dan lebih memberi perhatian terhadap anda. Ada bukti dari segi perubatan mengenai perkara ini, percayalah!
Anda mungkin tidak menyedari bahawa anda juga memberikan tanda-tanda lain bahawa anda sedang subur. Fikirkan semula kitaran anda yang lalu dan anda mungkin ingat perkara-perkara berikut:
Kelihatan menawan, rasa menawan: anda mungkin rasa lebih menawan apabila semakin hampir dengan waktu ovulasi. Anda juga kelihatan lebih menawan pada pandangan orang lain. Tanpa sedar, anda mungkin memilih pakaian yang lebih menonjolkan daya tarikan anda.

Bau seorang wanita: anda berbau harum ketika ini. Bau badan anda lebih harum dan seksi bagi lelaki-lelaki di sekeliling anda ketika anda subur. Anda mungkin sangka orang lain tidak sedar bahawa anda sedang mengovulasi, tetapi bau semula jadi badan anda menceritakan semuanya. 

Ingin ikhtiar menimang cahaya mata, boleh baca detail KLIK DI SINI.... 

Jika anda mempunyai masalah haid tidak menentu, hormon, kesuburan dan lain-lain boleh baca mencuba supplement shaklee..... detail tentang Gla Complex


⌨ Pertanyaan lanjut & Order Shaklee
'Call/SMS/WhatsApp: 012-653.9060 (Amylia)
PM FB https://www.facebook.com/pages/Double-Healthy-e-shoppe
   COD Area:SELURUH KAWASAN AMPANG, KUALA LUMPUR (KLCC, AMPANG PARK,SEKITAR BUKIT BINTANG) CHERAS, KELANA JAYA , & SUBANG

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Total Pageviews