Esok kita seluruh Malaysia umta islam meraikan HARI RAYA QURBAN @ ramai yang panggil HARI RAYA AIDILADHA....Kereta atas jalan pagi tadi pun nampak mcm berkurangan...dah ramai yang cuti rasanya..yang balik KG, selamat sampai kedestinasi...pandu dengan cermat ...ingat yang tersayang....wahhh!! dah gaya penaja iklan nasihat plk kihkihkihk...
Tahun ini, raya Aidiladha che amy kurang 1 adik beradik...kalau tak mesti ada 6 adik beradik berkumpul ramai2 umah mak...dgr 6 adik beradik cam sikitkan..tapi semua adik beradik dah kawin,so cmpur ngn ipar & anak buah2 total tambah tolak darab bahagi semua ada 32org kesemuanya..wowo!kalau bercakp binggit telinga semua nk bercakap hahaha....opss lupa yang xde 1 adik beradik tu... kakak sulung che amy pergi menunaikan haji tahun ini....semoga dia & suami mendapat haji yang mabrur..amin...
panjang pula bebel, entry kali ni che amy nak cerita pasal HARI RAYA AIDILADHA...
menurut ms.wikipedia.org :-
Ramai yang pikir :-Hari Raya Aidiladha disambut ketika umat Islam membuat penziarahan ke Makkah, mengunjung Kaabah dan melakukan korban sembelihan. Al-Quran tidak menyatakan, tetapi umat Islam memegang bahawa perayaan korban ini memperingati kesanggupan Nabi Ibrahim untuk menyerahkan anaknya sebagai korban kepada Tuhan.
Raya Aidiladha = orang p mekah
Raya qurban = penyembelihan lembu....
Tapi apa yang menjadi sinonim...? kalau raya aidilfitri adalah kemenangan umat islam berpuasa... kalau aidiladha@ qurban?
Rasanya ramai yang tahu kisah Nabi Ibrahim a.s yang ingin menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s sebagai qurban...tak pe...che amy share lagi kisah penyembelihan Nabi Ibrahim terhadap anaknya Nabi Ismail as.
Menurut riwayat, Nabi Ibrahim AS pernah menyembelih korban sehingga 1,000 ekor bebiri, 300 ekor lembu, dan 100 ekor Unta. Walau bagaimanapun, baginya tidak cukup dalam mengorbanannya kepada Allah sehingga beliau bernazar "...seandainya aku mempunyai anak lelaki, pasti akan ku sembelih kerana Allah dan aku korbankan kepada-Nya."
Ucapannya itu dibuat ketika isterinya, sarah masih belum mengandung. Selepas Ibrahim menikahi Hajar dan dikurnia seorang anak iaitu Ismail, Ibrahim diseru Allah melalui mimpinya untuk memenuhi nazarnya itu. Beberapa malam beliau bermimpi yang sama dan akhirnya beliau yakin bahawa mimpi tersebut bukanlah mimpi daripada syaitan. Ketika itu, usia Ismail lebih kurang 7 tahun (ada yang berpendapat 13 tahun).
Setelah meminta Hajar mempersiapkan Ismail dengan pakaian dan berpenampilan terbaik, Ibrahim dan Ismail berangkat menuju ke suatu lembah kosong dengan membawa tali dan sebilah pisau.
Dalam perjalanannya menghampiri tempat korban, iblis memujuk dan menggoda Ibrahim untuk mengasihani anaknya lalu meninggalkan nazarnya itu. Tiga kali cubaan iblis tetapi tidak berjaya dilayan Ibrahim malah Ibrahim (sesetengah riwayat, Ismail) mengutip batu kertil di tanah dan melempar batu itu ke arah Iblis setiap kali godaan itu berlaku hingga buta mata kiri iblis itu. Maka, Iblis pun pergi dengan hampa. Di sini bermula sejarah melontar jamrah dalam ibadah haji.
Sampi di Mina, nabi Ibrahim berterus terang kepada anaknya nabi Ismail.
Surah As saffat ayat 102 |
Maksudnya :-
Maka ketika anaknya itu sampai bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata: "Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu; maka fikirkanlah apa pendapatmu?". Anaknya menjawab: "Wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu; Insya-Allah, ayah akan mendapati aku dari orang-orang yang sabar".
Apabila melihat sifat Nabi Ibrahim dengan kesungguhan azamnya dalam menjalankan perintah ALLAH s.w.t, Dan disitu la ALLAH s.w.t Dengan kuasa Allah, Allah menggantikan Ismail dengan seekor haiwan gantian yang besar dan haiwan itulah yang sebenarnya menjadi Korban... maka kaitan raya quban = penyembelihan lembu melalui cerita NABI IBRAHIM a.s & ANAKNYA NABI ISMAIL a.s.
apa kaitan dengan raya Aidladha = p mekah?
Salah satu sumbangan terbesar Nabi Ibrahim dalam agama ialah pembinaan Kaabah. Walaupun terdapat sesetengah cerita yang menyatakan bahawa Nabi Adam a.s yang menjadi orang pertama membina Kaabah yang kemudiannya dimusnahkan oleh banjir pada zaman Nabi Nuh, Nabi Ibrahim kemudiannya bersama anaknya, Nabi Ismail, membina semula struktur tersebut di tempat asal runtuhan Kaabah itu. Dari situ, ritual haji dimulakan untuk umat manusia atas memperingati kisah nabi Ibrahim & anaknya atas pengorbanan mereka...
Kota mekkah di panggil Kota Ibraham sebab apa? kerana Nabi Ibrahim yang memulakan ibadah suci khusus di kota suci Makkah.
Jelas tak che amy explain...kalau tak jelas mohon maaf yerk....kalau ada sumber @ maklumat salah harap tegur ye...sama menimba ilmu...mana yang tahu dikongsi bersama..InsyaALLAH...
"SELAMAT HARI RAYA ADILADHA " daripada che amy sekeluarga untuk blogger yang sudi membaca blog che amy.....peace...
No comments:
Post a Comment