Wednesday, 26 August 2015

Fakta tentang Senggugut

Pagi ni bila che amy berwasap2 dalam group whatsapp, tetiba keluar cerita pasai senggugut ( sbb sorang ni Mc ari ini,senggugut),maka saja nk share pasal senggugut ni...kalau ada wanita@gegirl yang waktu period tak ada senggugut,hebat la...(Thumb up)

Mostly kebanyakkan wanita@ gegirl sure la pernah merasai kehebatan senggugut ni...tak terkecuali che amy...!hahaha...tp itu dulu sebelum kahwin & selepas dah anak sorang...opsss!!!SELEPAS dpt anak no2 smpai la ni ok...no more sengugut..serius!! kalau time period moody skit2 je la tu pun up n down je...hhehe hat tu xbleh nak lari cuma kasi hadapinya dengan mengurangkan emosi je....sebab seminggu sebelum period che amy telan Pil warna kuning & semasa  pil warna putih

ok jom baca entry ni..de info pasal senggugut...

Definisi Apakah itu Senggugut?
Senggugut adalah kesakitan yang dialami di bahagian bawah perut atau pelvis semasa datang haid.
Pelvis adalah tempat di mana organ berikut berada iaitu rahim, ovari (kilang telur), dan saluran falopio, dan pundi kencing.
Dalam bahasa Inggeris, senggugut dipanggil "dysmenorrhoea". Terdapat dua jenis senggugut.

Senggugut Primer
Senggugut ini yang berlaku kepada kebanyakan perempuan remaja tetapi tidak mempunyai patologi di pelvis dan rahim, setelah pemeriksaan oleh doktor. Ia biasanya berlaku selepas 6 hingga 12 bulan dari akil baligh apabila kitaran ovulasi bermula. Tetapi ia juga boleh berlaku dikalangan wanita yang masih subur.

Senggugut Sekunder
Senggugut ini disebabkan oleh patologi di pelvis dan rahim yang biasanya berlaku di kalangan wanita yang lebih berumur dan masih subur. Sebab-sebab:
  • Penyakit endometriosis. Penyakit ini dihidapi oleh 5-15% wanita yang mempunyai haid.
  • Cyst Ovari dan tumor
  • Fibroid (kebengkakan pada rahim). Kesakitan ini berlaku semasa kedatangan haid yang banyak.
  • Jangkitan ke rahim atau saluran dari rahim ke kilang telur (penyakit radang pelvis)
  • Kongenital (contoh: Rahim bicornuate, rahim subsepta)
  • Alat pencegah kehamilan dalam rahim (IUCD). Senggugut boleh jadi lebih teruk semasa penggunaan ini pada sekumpulan kecil wanita.
Tanda-Tanda
Berjumpalah dengan doktor sekiranya anda mengalami tanda-tanda di bawah :-
  1. Sakit di bahagian bawah perut. Kesakitan ini biasanya sederhana dan mengejang, yang boleh merebak ke belakang dan bahagian peha.
  2. Senggugut primer. Ia biasanya paling sakit pada dua hari pertama datang haid yang diikuti dengan sakit yang berkurangan beberapa hari selepas itu, dan berhenti apabila haid berhenti. Biasanya berlaku selama 12 ke 24 jam, ada yang selama 2 ke 3 hari. Kesakitan ini berkurangan apabila umur meningkat dan selepas bersalin.
  3. Senggugut sekunder. Senggugut ini mempunyai tanda seperti senggugut primer tetapi sakitnya berpanjangan, bermula beberapa hari sebelum haid and bertambah teruk. Senggugut ini menjadi semakin teruk selepas beberapa tahun haid biasa. Berikut adalah tanda yang menyatakan kemungkinan anda mengalami Senggugut Sekunder.
  • Haid yang tidak tetap
  • kesakitan antara haid
  • Pendarahan yang bertamban banyak
  • Lelihan dari faraj
  • Kesakitan ketika melakukan seks
  • Sakit kepala, pening, letih, sakit belakang
  • Loya dan muntah, cirit-birit.
Komplikasi ( Kesan)

Physical - Infertiliti (Tidak dapat mengandung)

Mental - stres, tidur terganggu

Rawatan
  • Ubat pengurang radang. (Contoh: Mefanemic acid, Naproxen)
Sebanyak 80% perempuan yang mengalami senggugut boleh dikurangkan atau dihentikan dengan mengunakan ubat ini. Ia hendaklah dimakan sebaik sahaja sakit bermula atau pada permulaan haid.
  • Ubat tahan sakit. (Contoh: Paracetamol)
Digunakan sekiranya ubat pengurang radang tidak sesuai untuk dimakan disebabkan oleh kesan sampingan atau kontraindikasi penggunaan ubat. Ubat ini boleh digunakan bersama dengan ubat pengurang radang sekiranya sejenis ubat tidak mencukupi untuk mengurangkan kesakitan.
  • Pil perancang
Mengurangkan dan memendekkan tempoh haid dengan menghindari ovulasi.
Mengurangkan atau menghilangkan sakit senggugut dengan mengurangkan penghasilan prostaglandin di selaput rahim.
Kegunaan lainnya sebagai ubat pencegah kehamilan.
  • Penggunaan Haba
Senggugut sering kali dialami untuk seketika sahaja. Kesakitan sementara ini dapat diredakan menggunakan haba dari botol yang berisikan air suam, atau pek panas yang boleh diletakkan pada bahagian bawah perut, atau dengan mandi air suam.
  • Mesin TENS ("Transcutaneous Electrical Nerve Stimulation")
Boleh digunakan sekiranya tidak ingin menggunakan ubat. Mesin in menghasilkan pengaliran kuasa elektrik kecil yang menghindari tanda sakit dari saraf sakit dari disampaikan ke otak. Dengan ini sakit mungkin berkurangan.

credit & info lanjut boleh baca kat sini http://www.myhealth.gov.my/index.php/dewasa/kesihatan-reproduktif/senggugut.



kat sini, che amy share skit doa yang boleh membantu mengurangkan senggugut ketika peroid...InsyaAllah...



Sharing is caring.....

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Total Pageviews