Wednesday, 23 December 2015

Sosej Cheese Roll

Makanan yang sedap & lazat disukai kanak-kanak termasuk la parents..J. opss!! kalau boleh sosej tak di galakkan kanak2 makan...yerk..tp teringin tu yang gagah buat hehe..sekali sekala ok kot hehe

pic pkai hp cokia je...cheese dh xcair sgt sebab dah sejuk, time panas tu diaa kemain tarikkk

Assalamualaikum, nak share kt korang resepi Sosej Cheese Roll ;-

Bahan ;-
Sosej - berapa ikut korang nk buat berapa...
Roti - pakai brand gadernia
Cheese - pakai cheese slice biasa je
telur - 1biji je cukup tuk buat 10 sosej
breadcrumb - secukup je
sedikit tepung gandum - untuk dijadikan gam

Cara-Cara:-
  • Sosej di rebus sementara ( jangan lama sangat, nanti lembik) & toskan.
  • Kemudian ambil Roti, potong tepi2 kulit roti tu (boleh simpan buat puding roti) & digelek bagi nipis dgn roll ( Che amy pkai cawan je nak gelekkan)
  • boh Cheese diatas, kemudian boh sosej.
  • gulung cantik2, dihujung,sapukan bacuhan tepung gandum sikit2 (macam sapu gam)
  • pukul telur, celupkan roti yang dah di gulung tadi & celup terus dengan breadcrumb.
  • panaskan minyak, goreng sehinga kuning, angkat & toskan.
  • siap!
cara2 nya...
gulung banyak2 boleh simpan jadikan frozen...jual pun boleh hehe

haritu buat, makan cicah dengan kari kambing tu diaaaa lupa terus sos cili...nampak tak gambaq atas de roti nan,ha tu buat roti nan cheese cicah kari kambing perghhh sedap!!!

Selamat mencuba! JJ



Sharing is caring




3 comments:

Diya Hanun said...

Simple dan sedap :D

acu yuhan said...

hi perkongsian menarik. done follow, follow me back :)

amylia zuliana said...

nanti cuba la yer Diya harun :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Total Pageviews