Friday 28 November 2014

8 MITOS TENTANG KECANTIKAN!!!

Entry kali ni, nak share mitos tentang kencantikan...Fakta @ Auta...

Banyak tips kecantikan yang dikongsi , samada, logik atau tidak, yang paling selalu pikir berkesan ker??betul tak?? atau penipuan (auta) semata-mata. jangan terkejut banyak mitos auta kecantikan yang biasa kita dengar hanyalah rekaan sahaja.....

Jom kita baca entry kali ni....
  • UBAT GIGI BOLEH MENGHILANGKAN JERAWAT
FAKTA
- bergantung kepada bahannya yg boleh mengeringkan kulit.
-gunakan ke atas permukaan jerawat saja, ubat gigi membantu untuk mengeringkannya sekaligus mempercepatkan proses pemulihan.
- perlu diingat, ubat gigi boleh merengsakan kulit lalu menyebabkan ia kering & mengelupas, so pastikan anda sapukan di kawasan yang kecil saja iaitu bahagian yg bermasalah.
  • JUS LEMON CERAHKAN KULIT & RAMBUT
FAKTA
-jus lemon sememangnya boleh membantu dlm mencerahkan kulit & rambut.
-gunakan jus lemon dengan berhati-hati jika ingin mendapatkan hasil secara semulajadi.
-jus lemon yang terkena pada kulit @ rambut terlalu lama boleh menyebabkan kerengsaan @ kekeringan pada kulit.
  • TIMUN BANTU KURANGKAN LINGKARAN GELAP BAWAH MATA
FAKTA
-sangat membantu dalam mengurangkan mata yg lebam ini kerana kandungan air dlm sayuran ini banyak menjadikan bersifat sejuk.
-timun membantu mengurangkan lebam di bawah mata & pada masa sama memberi kesegaran pada mata.

Gambar hiasan
  • CUKUR @ "WAX" LEBATKAN BULU BADAN
AUTA
-"WAX" @ bercukur iaitu membuang bulu badan tidak akan membuatkanya tumbuh semula lebih tebal.
-sebenarnya,selepas bulu badan dicukur atau cabut ia lebih menjadi kasar, jadi ia kelihatan lebih tebal daripada sebelumnya.itu saja.
  • TAK BAGUS BERKONGSI ALAT SOLEK
FAKTA
-terbukti bahawa alat solek dikongsi sebenarnya menyebabkan pengguna berkongsi bakteria yg boleh menyebabkn jangkitan @ masalah kulit.
-elakkan meminjam sebarang alat solek jika mahu selamat.
-jangan gunakan alat soleh yang dijadikan penguji, sebaiknya hanya menggunakan alatan milik sendri.
  • BURUK PADAH PICIT JERAWAT
FAKTA
-biarkan saja jerawat jika tidak mahu ia dijangkiti bakteria.
-jika di usik, ia boleh merebak ke permukaan lain atau membuatkan keadaannya menjadi lebih teruk.
-memicit jerawat oleh menyebabkan jangkitan merebak permukaan lain & menambahkan lagi bilangan jerawat
-bersihkan kulit dgn betul & biarkan jerawat hilang dengan sendirinya.
  • SELULIT HANYA TERJADI KEPADA ORANG GEMUK
AUTA
-semua orang mudah mendapatkan selulit tanpa mengira berat badan.
-selulit dipengaruhi jantina, gen serta gaya hidup.
-berbadan kecil mungkin tidak membuat anda terselamat dari selulit.

Gambar hiasan
  • KERAP CUCI MUKA LEBIH BAIK
AUTA
-kerap kali mencuci muka hanya menyebabakan kekeringan dalam jangka masa panjang kerana bahan pencuci akan menyahkan penghalang semulajadi yang menglindungi kulit daripada kesan alam sekitar seperti habuk.
-pencucian yang betul adalah 2x sehari iaitu siang & malam, ia cukup menjaga kulit dengan baik.

sumber : Harian Metro 14 nov 2014 





Sharing is caring.....

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Total Pageviews