Monday, 10 August 2015

Nasi Kukus Ayam Berempah

Nasi Kukus Ayam Berempah

minggu lepas, de boh gambaq nasi kukus ayam berempah yang dimasak dengan penuh kasih sayang wahhh..cer bayang kalau di masak dengan penuh kasih sayang,maka rasa masakan tu sure n sure sesedaap sehingga menjilat jari ok...

Nasi kukus ayam berempah ni memang top!!! asal ye xtau dari mana,xsilap pantai timur kot..betulkan kalau salah ye...makanan yang sangat simple & sedap..harga pun kalau beli kat luar tak mahal pun RM5-6 kot sebungkuss...

RESEPI (semua anggaran bergantung kepada tukang masak)
   =======
Nasi
****
bahan:-
  • 4cawan beras (bergantung brapa orang nak telan...kot nk hidang tuk 10 orang pandai2 la kira hehe)
  • 3 cawan air(bergantung kepada beras)
  • daun pandan (agak2 la dalam 2-3 helai)
cara:
  1. basuh beras bersih-bersih,rendamkan sekejap( dalam setegahjam gitu) & toskan beras.
  2. didihkan air dalam pengukus & masuk kan daun pandan..(bagi bau wangi skit nasi tu nanti...)
  3. masukkan beras dalam bekas & kukus.
  4. kukus selama 20min @ separuh masak...(masa ni beras agak kering skit)
  5. kluarkan beras dr pengukus then rendamkan dengan air sejuk ( nk cepat sejuk,kerap2kan la buang & tukarkan air)nanti beras akan nampak mengembang & memanjang skit.
  6. pastu kukus beras td selama 10-15min.
  7. kluarkan beras td jerus @ tuang kan air dalam 3cawan kt beras tu( tuang bg rata2 bg semua beras kena air) biar kan sekejap dlm + - 10min.
  8. kemudian kukus balik smpai beras tu masak menjadi nasi yang lembut & wangii...
Ayam
*****
bahan :-
  • Ayam ( hat suka la nak berapa..sekor pun bole)
  • bawang merah- kisar
  • bawang putih - kisar
  • serai - kisar
  • halia - kisar
  • jintan halus - kisar
  • telur
  • tepung jagung
Cara :
  1. semua bahan kisar tadi campur & gaul ngn ayam kemudian perap berapa lama pun nak..
  2. kemudian perapan tadi dicampurkan telur (kalau ayam banyak boh 2 biji telur kalau sekit  sikit boh sebiji udah la)
  3. 1sudu besar tepung jagung dicampurkan dalam perapan td
  4. panaskan minyak then goreng hingga masak kekuningan.
Sayur 
*****
bahan :-
  • taughe
  • daun kucai
  • cili merah
  • bawang putih
  • bawang merah
cara :
  1. bawang merah & bawang putih , cili merah potong hiris.
  2. daun kucai potong panjang dalam 1cm, xmo panjang sangat.
  3. panas minyak, tumis bawang merah & putih,agak layu msukkan taugeh,daun kucai,cili merah.
  4. masukkan sedikit air, jangan bagi kering sgt...agak2 tau air tu jangan banjir sgt kuah tu..
  5. masukkan perisa,garam then rasa mana xckup.
  6. siap
sambal cili
*********
bahan :-
  • cili merah
  • tomato
  • bawang merah 
  • bawang putih
  • jus lemon ( nak guna limau nipis pun boleh
  • sedikit cuka makan
  • gula
cara :
  1. cili merah,tomato,bawang merah,bawang putih, jus lemon then di blend
  2. masukan cuka makan  & gula sedkit
  3. rasa kan msam manis (xckup masam boh jus lemon,xckup manis boh gula lg)
##untuk sambal cili ni en somi request smbal cili ala2 cili ayam penyet tu, so sesiapa nk try cara ni, bahan yang sama cuma sebelum & selepas blend, masak atas dapur jap smpai sedikit kering.

Kuah Kari
********
kuah kari korunk boleh google...macam2 cara  & style nak masak kuah kari ni..nak cara utara masak ada, nak cara pantai timur masak ada, nak cara selatan masak pun ada...nak cara yang x guna santan pun adaa, yang guna pun ada,so pendek kata, rajin2 google la yerk..

nak share resepi kt cni panjang sangat dah ni..

ok..selamat mencuba...!!!!

ada soalan meh nk jawap..nk kata pandai masak idok la kot tau nk jawap kan hahaha
         nasi kukus ayam berempah bersama air fanta hijau....










Sharing is caring.....

2 comments:

Syahidah Fadilah said...

sedap nyer nasi kukus..

amylia zuliana said...

cuba la..mesti syahidah buat lg sedapppp!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Total Pageviews