Monday, 17 August 2015

Fakta tentang Kalsium

Sebut kalsium...dalam kepala otak adalah SUSU ( cheq amy la tu...kalsium je terbayang susu hehe) one of my favorate  favorite dr kecik sampai la..dah jadi ibu....baik yang susu tepung kena bancuh or susu kotak tak kira...nampak susu sure nk minum hehehe...

Penting sangat ke kalsium ni? 
Berapa banyak keperluan kalsium yang diperlukan untuk badan?
Mana nak dapatkan sumber kalsium?
Terlebih @ terkurang kalsium BERBAHAYA ke?

Jom cheq amy share info untuk semua soalan tu...

Kalsium adalah mineral yang paling banyak diperlukan oleh tubuh. Kalsium adalah sejenis mineral yang mampu menguatkan tulang dan perlu diambil setiap hari. Ini kerana tubuh kita membuang sejumlah kecil kalsium setiap masa sebelum digantikan dengan kalsium yang baru dalam proses dinamakan ‘permodelan semula tulang’.

Di bahagian dalamnya terkandung saraf, salur darah dan sum-sum dengan sel darah merah dihasilkan. Ketika dilahirkan, manusia mempunyai 300 batang tulang yang kemudian bercantum sesama sendiri hingga membentuk 206 tulang apabila dewasa.

Sebahagian tulang bayi terdiri daripada tulang kartilaj iaitu tisu yang lembut dan fleksibel. Ketika kanak-kanak mengalami pertumbuhan tubuh yang pesat pada usia bayi dan persekolahannya, kartilaj membesar dan digantikan perlahan-lahan oleh tulang dengan bantuan kalsium dan sebaik usia mencecah 25 tahun, proses ini menjadi sempurna.

EPenting sangat ke kalsium ni? 

Tulang adalah bahagian tubuh yang tidak hidup ataupun hanya fosil ternyata salah. Ini kerana sama seperti bahagian tubuh lain, tulang yang juga tisu hidup ini yang sentiasa tumbuh, berubah, malah memperbaharui dirinya, umpama " projek lebuh raya yang tidak pernah ada tarikh siap. "

Perlu diingat, kalsium juga disingkirkan daripada badan menerusi proses semula jadi seperti rambut gugur, kuku, peluh dan kulit mati.

Sekiranya jumlah kalsium yang disingkirkan lebih banyak berbanding yang digantikan, tulang menjadi lemah secara perlahan-lahan dan terdedah kepada risiko mudah patah. 

Jadi jawapannya adalah YA,PENTING.

EBerapa banyak keperluan kalsium yang diperlukan untuk badan?

Keperluan harian kalsium adalah :-

lelaki





Umur (tahun)


Keperluan kalsium dalam mg


8 - 11


800


12 - 15


1200


16 - 18


1000


19 - 64


800


melebihi 64


800

Wanita





Umur (tahun)


Keperluan kalsium dalam mg


8 - 11


900


12 - 15


1000


16 - 18


800


19 - 54


800


melebihi 54


1000


Mengandung


1100


Menyusu bayi


1200
sumber : http:farmasianis.tripod.com/kalsium.

Sekitar 99% kalsium berada pada jaringan tulang dan gigi, sisanya berada di darah dan sel-sel tubuh.

Jadi jawapannya adalah 800mg untuk lelaki & wanita (jawapan merujuk kepada umum umur 19-54thn,kalau anda ibu mengandung,menyusu & umur melebihi 54 ke atas sila lihat jadual)

EMana nak dapatkan sumber kalsium?

Untuk mendapatkan sumber 1,000mg kalsium harian kita, kita perlu makan (sebahagian,banyak makanan lain yang mempunyai kalsium)

sumber makanan kalsium
`2 gallon susu; atau
`11.5 kg bayam, atau
`11.5 kg brokoli; atau
`11.5 kg kubis; atau
`13 kg daging sapi; atau
` 5 kg daging kambing; atau
`7 kg daging ayam; atau
` 8 kg nasi.

Jadi jawapannya adalah diatas.

ETerlebih @ terkurang kalsium BERBAHAYA ke?

Terlalu banyak kalsium dapat berbahaya bagi tubuh. Tubuh tidak dapat menyerap kalsium bila tidak memiliki cukup magnesium dan fosfor. Magnesium dan fosfor mengubah bentuk kalsium sehingga dapat diserap tubuh. Kalsium dan magnesium diedarkan oleh tubuh melalui albumin dalam darah. Terlalu banyak kalsium akan membuat magnesium terdesak dari albumin sehingga tidak tersalurkan lewat darah dan tubuh akan kekurangan magnesium. Bila tidak cukup mendapat magnesium, ginjal tidak dapat memproses kalsium sehingga dapat terjadi endapan batu ginjal. Selain fosfor dan magnesium, vitamin D, zinc dan zat besi juga diperlukan dalam pengolahan kalsium dan dapat terdesak peranannya oleh kalsium yang berlebihan. Konsumsi kalsium, magnesium, fosfor, vitamin D, zinc dan zat besi harus berimbang agar tubuh tetap sehat.

Sementara itu, sodium dan klorida yang banyak ditemui pada garam makanan perlu dikawal pengambilannya kerana ia meningkatkan penyingkiran kalsium melalui air kencing sebelum ia sempat diserap atau digunakan oleh tubuh untuk menghasilkan tulang yang kuat.

Kafein daripada minuman ringan, kopi dan teh pula boleh menyebabkan kehilangan jisim tulang dalam kalangan mereka yang tidak mengambil dos kalsium secukupnya, seterusnya mendedahkan mereka kepada masalah kesihatan tulang dalam jangka panjang. 

Jadi, jawapanya pastikan kalsium yang diambil mempunyai penyokongnya,
-magnesium
-fosfor
-vitamin D
-zink
-zat besi

Supaya penyerapan kalsium dalam badan diserap dengan baik,

AWAS! kepada yang "kaki" minum kafien anda diperhatikan oleh kalsium anda untuk masalah kesihatan tulang.


berikan kalsium untuk tulang anda....

Anda perlukan kalsium yang mempunyai, magnasium, vitamin D, zink & zat besi yang diperlukan?klik di sini untuk kalsium yang mudah, & selamat,semulajadi...




Sharing is caring.....







1 comment:

Tuan Nurul Ain Tuan Ismail said...

Kemungkinan anda hamil? Tetapi anda tidak pasti? : 7 TANDA AWAL HAMIL

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Total Pageviews