Thursday 27 August 2015

Kanser Retinoblastoma Amni Syakira (part 5) AKHIR

28.11.13 (khamis)

Part 5
sambungan.....
Ya Allah,bila masuk bilik "keramat" dengan keadaan sejuk, dengan peralatan yang serba canggih, Doctor & nurse yang berdiri tegak yang sedang menanti untuk melakukan tugasan, ibu yang tengah dukung amni, tetiba rasa tangan,kaki badan semua longgar, macam skru tercabut semua...kalau la ibu robot,mahu tangan kaki tercabut dah dr badan....

Doctor suruh ibu duduk sementara tu, doctor bius bagi amni penyedut gas kt mulut..high dos...tak sampai 2-3 saat amni tido, ibu dah rasa badan amni ringan sgt2 (masa ni dia tak tau fungsi penyedut gas tu, tak de la meronta2..tp la ni tiap kali nmpk penyedut tu dah tau dah hahah) lepas amni tido,doctor cucuk kt tangan amni untuk msukkan tiub sebagai persediaan kecemasan.
"Doctor : Mak amni boleh letakkan amni atas katil, amni pun dah tido, mak boleh la nk cium pipi amni dulu sebelum keluar"
tetiba ibu rasa susah ye nak bangun dr kerusi tu...ibu bangun gak,rapatkan badan kt katil, ibu cium pipi,dahi amni ibu pesan kat amni " ibu,ada ngn adik,ibu tunggu kt luar eh dik"
bila ibu nak bergerak keluar..ya Allah!
" Ibu : Doctor, saya xleh nk bergerak,kaki saya rasa mcam tak jejak kt lantai, nak angkat tangan pun rasa tak maya...." Ibu tak sedar plk air mata dah keluar...
" Doctor : tak pe mak, kami paham,nurse leh papah mak smpai kt luar ye" so ibu dipapah keluar smpai kt ruang menunggu...
Ibu tak sedar yang ibu tak sekuat mana pun nak hadapi semua ni amni...

Ibu tunggu kt ruang menunggu,papa kena tunggu kt luar bilik OT,so ibu hanya berwhatsapp je ngn papa..hampir sejam berlalu, doctor pun panggil ibu p bilik kecik  kecil, then minta nurse panggilkan papa sekali suruh masuk bilik kecil tu...

bila ibu & papa dah sit down, keadaan mase tu ibu rasa teggang sangat,ibu rasa tak nak ada dalam bilik tu...
"Mak & ayah amni kita dah buat analisis kedua-dua mata amni,mata sebelah kiri alhamduliilah tiada masalah. kita dapati kanser mata kiri amni merbahaya, jenis merebak, & kanser tu dah penuh dalam biji mata,bermakna mata tu memang dah tak boleh berfungsi, setakat ini, kita lihat kanser masih dalam kawasan & belum merebak ke luar kawasan mata, kanser amni di bawah stage 4,dimana skala kanser 1-5, bermkna kanser ditahap yang berbahaya yang membolehkan kanser tersebut merebak keseluruh sistem badan & kita risaukan ia merebak di bahagian otak, yang boleh membawa maut, kita sarankan mata amni dibuang"
ZAPPPPPPP!!!!!PANGGGGG!!!! ibu rasa umpama kena lempang yang paling dasat dengan satu tangan yang BESAR, penamparan yang boleh  memecahkan bumi.
YA ALLAH!!!!! Ujian apa yang ENGKAU berikan kat aku....
YA ALLAH!!!!! dah terlalu jauh sangat ke aku dengan ENGKAU....
YA ALLAH!!!!! terima kasih kerana ENGKAU masih sayang pada aku..

tak ada sebutir perkataan pun keluar dari mulut ibu,ibu totally down. Ibu tahan tuk tgk muka2 doctor tu..ibu tahan untuk mengeluarkan air mata,ibu tahan untuk menjerit...hanya ALLAH sahaja yang tau perasaan ibu masa tu...ibu nampak papa kuatkan hati untuk menayakan macam2 soalan...ibu hanya mampu pengang tangan papa..itu sahaja...bila doctor tanya, " bagaimana mak & ayah setuju ke nak buat pembedahan buang mata amni" ibu tak bersuara tetapi dengan reaksi ibu n papa melalui mata,ibu nampak papa bersetuju & ibu redha dengan keputusan papa. ibu hanya mampu pengang tangan papa untuk mengatakan ibu setuju juga. Ibu & papa minta maaf sangat2 amni, ibu terpaksa setuju dengan doctor sebab ibu tak nak kanser tu merebak lebih teruk sebab bahagian mata terlalu hampir dengan otak & paling utama ibu tak nak kehilangan amni.

Bila papa,sign semua document, doctor beritahu pembedahan ini mengambil masa 3-4 jam.YA allah terasa lambat ye ibu dpat tgk amni. Mula2 ibu tunggu dalam, tp ibu tak boleh nk tahan kesedihan ibu, ibu keluar jumpa papa. Ibu & papa decide p breakfast kt bawah, ibu mkan bihun pun rasa tawar,minum nescafe pun rase tak manis...ibu banyak diam dr berkata2...ibu call tokmak amni bgtau psl pembedahan...menangis2 tersedu2 tokmak amni bila bagitau cucu dia kena buat pembedahan mata...ibu?

lepas makan, ibu & papa naik atas tunggu depan bilik "keramat"...kawasan kt depan bilik tu,dah mcam picnic, siap bertikar menunggu orang tersayang mereka yang ada dalam bilik "keramat" tu..ye la sekali operation bukan 30min paling sekejap pun 1-2 jam..papa baca yassin,tp ibu masa tu tak "dizinkan" untuk baca,so ibu layan fb jap..sedang ibu menunggu kt depan bilik tu, tetiba ada nurse tolak troli katil yang ada keranda jenazah! ALLAH..lagi sekali jantung ibu berhenti..terdengar seorang makcik bertnya " ada jenazah ke dalam keranda tu" " ada,baru meninggal ni nk bawa turun antar ke waris" terus ibu terpandang bilik keramat tu...
YA ALLAH...
aku belum puas lagi bermesra dgn "pinjaman" MU itu,
aku belum puas lagi menjaga "pinjaman" MU itu..
aku belum puas lagi mendidik "pinjaman: MU itu..
aku belum puas lagi melihat telatah "pinjaman" MU itu...

JANGANLAH ENGKAU AMBIL TERLALU AWAL "PINJAMAN" MU ITU YA ALLAH!

Segalanya belum puas lagi dengan amni syakira. Ibu berdoa sangat operation berjalan dengan lancar.

Hampir 4jam ibu menunggu,akhirnya ibu terdengar nurse panggil " IBU AMNI SYAKIRA" zupp..terus ibu bangun p masuk...papa kena tunggu luar...cepat2 ibu pkai baju khas untuk masuk bilik OT, pastu ibu follow nurse, nampak je amni,hati ibu ALHAMDULLILAH!!!!! ALLAH sudi berikan lg hak "pinjaman" itu kepada ibu...amni masih lg tido sbb bius masih belum abis,& oksigen msih diperlukan....ibu tak tahan,ibu cium2 amni..tak sedar airmata ibu terkeluar juga....nanti ibu share pic amni selepas keluar dr bilik OT.( hanya di blog ni je ibu share pic amni) kena tunggu smpai amni ye bacaan pernafasan normal bru boleh transfer ke wad biasa...

pkul 3,bru dpt msuk ward biasa....ibu terus call tokmak amni bgtau operation alhamdulillah selesai.amni masih tido lg...papa p beli mknan,ibu teman amni tido...bermula episode amni dengan mata 1 nya...sob..sob..sob...dh maghrib amni bru bangun...ibu terus bg susu, doctor xkasi bg susu lg tapi ibu tawakal je bagi,ibu tahap xmo dgr dah doctor ckp...anak ibu puasa since semalam smpai dh maghrib xmakan apa2...mau ibu sentap!!! amni kena duduk ward smpai 5hari,sbb doctor nk buka balutan mata amni & tgk keadaan mata yang dh buang, once ok.amni boleh discharge.

Selama duk hospital, mak,kak long & family, kngah, yomi ,abg chik & family ,izin,datang melawat,  tak lupa juga member papa kak liza & zahar.Terima kasih atas sokongan korunk...ayah tak dapat datang sebab ayah tak sihat,kebetulan ayah pun baru keluar hospital gak...

amni selepas keluar bilik OT di ward


03.12.13 (Selasa)

Alhamduliilah..tiba masa amni boleh discharged,balutan mata dah boleh buka...masa buka tu ibu xtgk pun tak sanggup...tp bila doctor minta ibu tgk sbb doctor nk ajar cara bersihkan mata amni bila balik nanti...ibu tak tau mana datang kekuatan tu, ibu pegi tgk....hati ibu mase tu ALLAH....sebaik ujian yang ENGKAU bagi setimpal dengan kekuatan keimanan ku ini....ibu peluk amni sekuat2nya biar dia tahu, ibu ada bila2 masa wlaupun amni tak paham apa2 lg...masa tu air mata ibu xde keluar pun..mungkin ibu dah redha?

Petang kami pun pulang ke rumah, tokmak menangis tgk amni..(mata amni masa tu xboh lagi mata palsu so ermmm ) ibu xde menangis dah...mungkin ibu dah redha??

========================================================================

Sekarang bermula la episode amni dengan kehidupan yang baru walapun hanya 1 mata...Alhamdulillah dah 1tahun 9 bulan berlalu, amni sekarang active mcm budak2 yang lain yang sebaya dengan amni,malah lebih bijak...InsyaAllah che amy akan update sikit2 kisah amni yerk...

Wajah tenang….
Terukir indah senyuman dibibir…
hati menangis tak bersuara…

Biarlah yang menangis itu hati…
Dan biarlah yang tahu itu TUHAN…
walau diluahkanpada manusia,
mendengar tetapi belum tentu memahami…
Biarlah mengadu pada-Nya
Jiwa tenang hati tenteram


Cosmas Jep

Amni & ibu...yang terkini...


Sharing is caring.....











2 comments:

syazana said...

Assalamualaikum ibu Amni. You're so strong <3
Baru jumpa this blog and I cried reading this. Kiss Amni for me hehe

Unknown said...

Waalaikumsalam syazana...Allah berikan ujian setimpal dengan kekuatan yang ada :)...kt luar sna rmai lagi yang kuat menerima ujianNYA...
ok..pagi tadi dh kiss amni for u hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Total Pageviews