Friday 18 September 2015

10 Penawar Semulajadi

Terdapat beberapa petua yang boleh diamalkan & dijadikan penawar jika kita mempunyai masalah dengan kesihatan badan antaranya, jom baca....

Ulser Mulut
*************
Daun ketumbar yang direbus dalam air dipercayai boleh menjadikan penawar mudah untu ulser.Tunggu air rebusan itu sejuk sedikit kemudian gunakan untuk berkumur sekurang-kurangya 3-4x sehari.

Sakit Kepala
*************
Buah epal yang dicincang halus dicampurkan dengan garam dipercayai mampu melegakan sakit kepala.makan pada setiap pagi semasa perut kosong & amalkan selama seminggu untuk melihatkan kesannya.





Anemia
********
Campuran dadih & serbuk kunyit dikatakan mampu mengubati semua jenis anemia.Makan secawan dadih biasa dengan satu sudu teh sebuk kunyit ketika perut kosong pada waktu pagi & petang.

Diabetis
*********
Amalkan meminum setengah gelas jus peria setiap pagi ketika perut kosong untuk menurunkan gula dalam darah. Kandungan Charantin dalam peria dipercayai boleh mengurangkan tahap glukosa dalam darah.






Sakit Tekak
************
Penggunaan daun selasih dikatakan mampu menjadi ubat semulajadi bagi merawat sakit tekak kerana mempunyai antiseptik & bertindak sebagai penghalang. Letakkan 3 - 4  helai daun selasih kedalam air mendidih & renehkan sehingga air daun keluar. Minum & berkumur apabila air dalam keadaan suam.

Rawat Selulit
*************
Petua merawat selulit yang degil adalah dengan mengunakan serbuk kopi dengan sedikit madu & air. Sapukan pada bahagian tubuh yang terdapat selulit,biarkan kering seketika. Kaedah ini juga dipercayai boleh menanggalkan sel kulit mati.



Parut Hitam
************
Cara untuk memudarkan parut hitam pada badan adalah dengan menggunakan ubi kentang. Hiris nipis kentang & letakkan pada parut. Lakukan brulang kali sehingga kesan parut hilang.

Lebatkan bulu mata & kening
**************************
Jika mahukan bulu mata & kening yang lebat,boleh gunakan pokok lidah buaya.Lendir pokok disapukan pada bulu mata & kening. Lakukan secara berulang kali untuk mendapatkan hasil yang terbaik.

Rambut bercabang
*****************
Ambil daun bunga raya yang bersih ramas sehingga keluar lendirnya & campurkan dengan sebiji telur ayam kampungn serta sesudu madu lebah. gaulkan rata sekata & sapukan pada rambut.perap dengan tuala selama 10minit & keringkan rambut. Jika diamalkan sebanyak 2x seminggu, rambut boleh menjadi sihat.

Jus Bakar lemak
***************
Bagi yang ingin membuang lemak dalam badan secara semulajadi,amalkan meminum jus ini setiap pagi,kisar sebiji epal,setengah biji timun & setangkai saderi.minuman ini huga dipercayai boleh mengurangkan sakit kepala.









Sumber : Berita Harian 22 Ogos 2015






Sharing is caring.....

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Total Pageviews