Wednesday, 2 September 2015

Kesan Lebam Punca Gigitan JIN.

Entry kali ni Che amy nak cerita pasal lebam...LEBAM ok bukan LOVE BIT hahaha...cam pic bawah ni??pernah kena x??che amy paling mudah kena & paling suka bila kena....bad habits...AWAS!!! jangaan ikut hahaha...tapi serius che amy suka sangat..bila terkena tu..tengak tengah syok2 lepak2 ke kan tangan rajin je tekan2 kat lebam tu...tekan smpai kuat..bila dah rasa sakit stop balik & smbung balik hahaha...kalau tak buat,ambil masa nak hilang...betul!!! mak che amy pun tau, kekadang sapa2 yang de lebam ni dia akan cakap "kalau dik amy dia suka lebam ni" hahahah 

Che amy akan kena bila mandi lepas waktu pkul 10pm..kalau mandi sebelum2 tu tak de pulak kena.Tak kira la mandi kat mane,rumah mak ke, p mandi rumah orang ke......bila bagitahu mak katanya kena gigi peleset...ermmm pelesit tu keturunan jin juga ker??Tapi tak tau la betul @ kebetulan sahaja..since kawin de gak kena masa duduk rumah sewa...tapi sejak duduk rumah sendiri ni lama sangat dah ni tak kena....ahahaha 


Percaya @ tidak lebam berkaitan dengan JIN..itu terpulang individu...banyak teori yang logic & tidak..tak pe,jom kita lihat teori BAGAIMANA lebam terjadi dari segi sains...

Lebam berlaku akibat kebocoran pada salur darah di lapisan kulit. Lebam sering dialami oleh kanak-kanak semasa melakukan aktiviti seharian mereka. Mereka kerap jatuh semasa bermain, terlanggar sesama sendiri atau terlanggar perabot. Lebam yang membimbangkan adalah lebam yang berlaku secara spontan atau lebam yang berlaku lebih dari sepatutnya dan hanya disebabkan oleh kecederaan ringan.

Pendarahan tidak normal boleh disebabkan oleh:
!Permasalahan salur darah (gangguan vaskular)
!Permasalahan kuantitif atau kualitif sel darah yang dikenali sebagai platelet
!Proses pembekuan darah yang kurang berkesan

Platelet adalah sel yang dihasilkan oleh sumsum tulang. Apabila terdapat kecederaan pada salur darah, platelet akan melekat pada lapisan salur darah yang terdedah (tisu perantaraan subendothelial) untuk membentuk plak mekanikal. Fibrin memerangkap platelet yang terkumpul di tempat salur darah yang terluka dan menukar plak platelet yang kurang stabil untuk membentuk plak hemostatik yang stabil.

Proses pembentukan fibrin melibatkan satu sistem amplifikasi biologi yang dipanggil laluan pembekuan (coagualation pathway). Semasa sistem pembekuan ini beroperasi faktor-faktor pembekuan darah akan tertumpu pada tempat yang tercedera. Kini terdapat 14 faktor pembekuan darah yang diketahui dan masalah dalam mana-mana faktor ini boleh mengganggu sistem pembekuan dan menyebabkan masalah pendarahan. Terdapat banyak penyakit yang boleh menyebabkan mudah lebam di kalangan kanak-kanak. Sebahagiannya lebih kerap berlaku berbanding yang lain.

Antaranya adalah:
i. Permasalahan Salur Darah (Gangguan vaskular)

Ciri-ciri permasalahan salur darah dikenalpasti apabila kanak-kanak menjadi mudah lebam dan pendarahan secara spontan dari salur darah yang kecil berlaku. Ini berpunca samada dari salur darah itu sendiri atau dari tisu perantara di sekitar salur darah. Pendarahan yang berlaku biasanya tidak teruk. Pendarahan selalunya berlaku dalam kulit dan menyebabkan lebam atau bintik kecil merah yang tidak gatal (disebut sebagai "petechiae") atau kedua-duanya sekali.

"Petechiae" berlaku apabila salur darah yang sangat kecil (yang dipanggil kapilari) mengalami pendarahan di bawah kulit. Terdapat juga sesetengah pendarahan dari atau mukosa (biasanya lapisan di rongga mulut).
Kekurangan vitamin C boleh menyebabkan pendarahan pada mukosa, lebam dan "petechiae". Keadaan ini dipanggil skurvi dan berpunca daripada kerosakan bahan dalam sel yang membina salur darah Hemangioma.

Untuk keterangan seterusnya boleh baca kat cni mudah lebam .

Point yang che amy nak share adalah Kekurangan Vitamin C secara sains adalah punca lebam terjadi betul Tak? tetiba che amy terpikir bahawa Vitamin C adalah supplement utama che amy ambil,sejak 2011 lagi, ADAKAH logik jika che amy cakap lebam yang kerap hinggap kt che amy hilang disebabkan badan mencukupi keperluan Vitamin C untuk saluran darah???ermmm...betul ke betul??hahaha..kalau korunk macam che amy cer cuba cukupkan vitamin C dalam badan then lihat result...J 




Sharing is caring.....

4 comments:

theyanaonly said...

saya pernah kena macam ni.

JEMPUT BACA RUTIN HARIAN

rubiah kadir said...

betul tu,,bkn mitos..hehe..lebam kena gigit jin ade bekas cm gigitan org pompuan kena mandi pakai underwear,,lelaki pun..

amylia zuliana said...

kihkihkih...pompuan ngn pompuan pun nk gigit gak jin ni hehehe...klau dh mandi pun berkemban kena gigit gak cmno tu?adoiii... :)

Mohd Syarizwan said...

menarik jugak baca ni.. lelaki ada jugak ke kena?? jin nakal ni punya kerja..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Total Pageviews