Wednesday 9 September 2015

VITAMIN & MINERAL

KORANG TAHU TAK
==================
Selamat Pagi....pagi2 ni che amy nak bg info skit..jom baca...

Tubuh badan kita apabila mula meningkat dewasa memerlukan lebih perhatian dari segi kesihatan dalaman dan luaran. Penjagaannya perlu di ambil berat kerana kekuatan kesihatan tubuh badan tidak lagi sama ketika usia kanak-kanak dan remaja.

Pengambilan vitamin yang cukup dalam badan dapat membantu dalam menjaga kesihatan tubuh badan sama ada fizikal mahupun dalaman. Jom ketahui jenis dan kebaikan vitamin serta mineral buat tubuh badan yang sihat dan lebih kuat seperti zaman muda.

Vitamin A

Ia kaya dengan antioksidan yang menguatkan daya tahan imun sistem tubuh badan, memperbaiki masalah penglihatan, mengurangkan risiko penyakit jantung dan melambatkan penuaan kulit. Namun ia boleh menjadi toksik dalam badan jika pengambilan secara berlebihan. Jadi pastikan anda mengambil dengan amaun yang disarankan.

Vitamin B
Vitamin B boleh mengimbangkan metabolisme, menguatkan otot dan minda yang lebih tajam serta lebih peka. Penting untuk wanita muda mengambil vitamin B9 (asid folik) yang memastikan kesihatan sel darah merah dan menghindarkan diri dari penyakit kanser dan masalah kecacatan pada kehamilan. (klik keterangan lanjut tentang Vitamin B )

Vitamin C
Ia dikenali sebagai satu vitamin yang kuat dalam memerangi demam dan selesema. Kandungan antioksidan yang banyak dalam vitamin C meningkatkan daya tahan imun sistem tubuh dan mengelakkan dari penyakit jantung, masalah pranatal, dan penyakit mata. Bahkan ia membantu dalam mempercepatkan luka sembuh dengan lebih cepat dan menghilangkan masalah kedutan pada wajah. (klik keterenagan lanjut tentang Vitamin C )

Vitamin D
Menurut doktor, Vitamin D boleh mengurangkan risiko penyakit kanser sebanyak 50% dan ia boleh mengelakkan dari penyakit kanser ovari dan diabetes. Bahkan, ia juga membantu dalam memberikan penyerapan kalsium dengan lebih cepat dan memainkan peranan penting dalam fungsi otot yang baik.

Kalsium
Kalsium adalah the best defense buat tulang dan wanita khususnya perlu mengambil kalsium kerana wanita mula hilang ketumpatan tulang pada lingkungan umur 20-an. Mineral ini juga membantu dalam memberikan gigi yang kuat dan menyuburkan sistem saraf.
(klik keterangan lanjut tentang Kalsium)

Zat Besi
Jika terlalu kurang mineral ini dalam badan ia akan mengakibatkan anemia iaitu kekurangan sel darah merah dan melemahkan daya tahan sistem imun. Zat besi juga penting untuk wanita yang sering mengalami haid yang terlampau banyak.


Vitamin & Mineral adalah satu keperluan untuk tubuh badan kita


Sharing is caring

1 comment:

Anonymous said...

nanti saya nak order lecithin yek nanti saya whatsapp

jemput baca part 3 belum selesai hello kitty town

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Total Pageviews