Friday 11 September 2015

Jerebu Oh Jerebu!

Dah tengahari gamak ye...Selamat tengahari..lunch time yerk...yang Hero,Jejaka, abg sado, apa lg p siap2kan diri yerk..jangan buat2 lupa hari jumaat ni yerk...peace..

Entry kali ni, che amy nak share pasal jerebu...!! pagi tadi naik motor, boleh mata rasa pedih2 je...sekali tengok.."eh? mana KLCC, xnampak pun"...pandang depan je...uikkk...serius "kabus dalam keperitan" patut la mata rasa pedih2 je..tp belum tahap kritikal la pedihnya...

Jerebu ini boleh membawa kesihatan yang tidak sihat gak, jom kita lihat APA ITU JEREBU?

"Jerebu ialah satu fenomena di mana habuk, asap, dan zarah-zarah kering yang lain berkumpul di udara, menyebabkan penglihatan yang kurang jelas dan jarak penglihatan yang berkurangan. Ini berlaku apabila keadaan cuaca menghalang bahan pencemaran ini daripada disebarkan secara meluas. Apa yang berlaku ketika jerebu ialah bahan pencemaran ini bertumpu kepada sesuatu kawasan dan menyelimutkannya dan ini secara umumnya mengakibatkan pemandangan yang kurang jelas dan juga boleh menjadi satu ancaman kesihatan terutamanya kesihatan sistem pernafasan."
Gambar sumber Google

Jerebu boleh berwarna coklat atau biru dan bergantung kepada saiz zarah, jerebu tidak selalunya boleh dilihat dengan mata kasar.

Apa yang menyebabkan Jerebu?
Jerebu boleh disebabkan oleh tindakan manusia serta sebab-sebab semula jadi. Tindakan ini biasanya menyebabkan habuk, asap dan lain-lain zarah kering dilepaskan ke udara. Contoh tindakan-tindakan ini ialah:

Jerebu Buatan manusia 
- Pembakaran terbuka
- Pencemaran Kenderaan
- Pencemaran Perindustrian
- Pertanian (cth. pembersihan tanah) 

Jerebu punca Asli
- Kebakaran Hutan
- Habuk yang dibawa angin

Terdapat beberapa faktor-faktor lain yang diperlukan untuk mewujudkan keadaan yang sesuai untuk berlakunya jerebu. Ini termasuk cuaca kering yang berpanjangan, ketiadaan atau sedikit angin, dan bekalan bahan pencemar di udara. Dalam keadaan sebegini, -zarah-zarah di udara terperangkap, tertumpu dan tidak disebarkan atau dileraikan dan ini menyebabkan jerebu. Di Semenanjung Malaysia, jerebu biasanya berlaku pada bulan-bulan Januari hingga Februari dan Jun hingga Ogos kerana cuaca pada masa-masa itu secara umumnya kering dan tidak berangin. Kebakaran hutan samada buatan manusia atau semulajadi yang berlaku pada masa ini sering menyebabkan jerebu.


Apakah kemungkinan kesan jerebu ke atas kesihatan?
Kesan jerebu ke atas kesihatan dikaitkan dengan tahap keterukan status kualiti udara. Semakin tinggi tahap IPU, semakin bertambah kesannya kepada kesihatan.

Kemungkinan kesan kesihatan termasuk;

TKesukaran untuk bernafas
TSerangan jantung
TGatal–gatal pada tekak,mata, & kulit
TJangkitan pada bahagian atas saluran pernafasan


Siapakah yang berisiko mendapat kesan kesihatan?
Kebanyakan orang adalah berisiko mendapat kesan kesihatan. Walau bagaimanapun, sesetengah kumpulan adalah lebih tinggi risikonya untuk mendapat kesan kesihatan ini. Kumpulan ini termasuk;

LKanak–kanak
LWarga emas
LPesakit yang mempunyai masalah pernafasan seperti asma dan radang pada saluran pernafasan (bronchitis).
LPesakit yang menghidapi penyakit jantung dan alahan.
LPerokok

Bagaimanakah dapat mencegah atau mengurangkan kesan kesihatan akibat jerebu?
CKurangkan aktiviti luar.
CJangan merokok.
CBanyakkan minum air sekurang-kurangnya 2 liter sehari.
CSelalu membasuh tangan dan muka selepas melakukan aktiviti luar.
CDapatkan nasihat perubatan.
CGunakan topeng pernafasan apabila tahap kualiti udara tidak sihat.
CPastikan persekitaran dalam rumah adalah bersih.
CJika anda menghidapi asma atau penyakit jantung, sila pastikan anda mempunyai bekalan ubat-ubatan yang cukup.
CBerjumpa doktor dengan segera jika keadaan menjadi semakin teruk.



Gambar kat bawah ni, bacaan IPU Hari ini 11 SEPTEMBER 2015 dari pukul 12AM-5AM patut la pagi td mata ala2 pedih sikit...kalau ikutkan bacaan tu..dah warna hijau bermakna sederhana, Kuning Tidak sihat...masa che amy tengok bacaan tu kawasan yang dikategori kuning tak silap Johor & N9....so orang johorian & N9 banyak2 berjaga2 yerk...



Che amy tengok kawasan area che amy je,kalau korang nak tengok boleh klik kat sini yerk Bacaan IPU...




Sharing is caring


6 comments:

Anonymous said...

jerebu semakin teruk

jemput baca entri
WATERPARK

Nor Ain Rusli said...

Huhuu rasa macam berada di tempat sejuk pulak... jerebu tu ala-ala kabus gitu..
Apapun jaga kesihatan..

Amelia said...

ada satu je kebaikan jerebu. cuti sekolah. lol. rimas bila ada jerebu dari neegara seberang

Unknown said...

nama dah same dah ni hehehe umuq je tak same rasenye hehehe..cuti sekolah tapi cuti kerja nape la x declare seme2 hukhukhukhuk

Unknown said...

kihkihkih...jaga kesihatan awak juga yerk Ms.Kejupenyet...

AtieYusof said...

seksa lah dengan jerebu ni... harap cepat2 lah beredar... tak sanggup nak hidu asap...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Total Pageviews